cyberjaye Publish time 13-4-2024 09:44 PM

AEON dan Sykt org Islam hina Islam, boycott?

Edited by cyberjaye at 13-4-2024 09:46 PM



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1234450/alas-kaki-gambar-kaabah-adalah-sejadah-mini



NASIONAL
'Alas kaki' gambar Kaabah adalah sejadah mini
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi
April 13, 2024 @ 9:05pm
bhnews@bh.com.my
facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing buttonemail sharing button
‘Alas kaki’ bergambar Kaabah yang dikesan dijual di sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat. - Foto tular media sosial
‘Alas kaki’ bergambar Kaabah yang dikesan dijual di sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat. - Foto tular media sosial
KUALA LUMPUR: 'Alas kaki' tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Johor dan tular menerusi klip video di media sosial beberapa hari lalu, sebenarnya adalah sejadah mini.


AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya menyedari perkongsian di media sosial berhubung sejadah yang dilabel secara tidak tepat sebagai alas pintu.


Pihaknya dimaklumkan mengenai isu berkenaan pada Selasa lalu dan memberi kerjasama sepenuhnya serta kenyataan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

"Pembekal terbabit, A&R Fashion Collection (A&R) adalah Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) milik 100 peratus Bumiputera dan Islam yang membekalkan pakaian muslimah patuh syariah seperti jubah solat, tudung, kurta, sampin, songkok serta produk lain seperti sejadah, permaidani dan tikar.

"A&R mengesahkan produk berkenaan sememangnya sejadah mini, yang mana coraknya adalah dalam format menegak yang merupakan amalan biasa," katanya.

Katanya, syarikat pembekal itu ditubuhkan pada 2007 dan sudah menjadi pembekal pasar raya berkenaan sejak 2015, selain menjadi pembekal kepada peruncit lain serta mengendalikan kedai sendiri.

Bagaimanapun, AEON BiG berkata, selaras amalan terbaik syarikat untuk pembekal PKS, A&R menggunakan kod barangan dalam sistem yang sebelum ini digunakan untuk produk lain syarikat berkenaan.

"Akibatnya, label yang digantung pada produk menunjukkan pelbagai deskripsi, lantas menyebabkan kekeliruan.


"Perkara ini sudah diperbetulkan serta-merta dalam sistem pengurusan barangan AEON BiG dan deskripsi barangan itu sebagai sejadah sudah dicerminkan," katanya.

Katanya, kedua-dua pihak pengurusan AEON BiG dan A&R berharap kenyataan bersama itu akan menjelaskan sebarang keraguan mengenai isu ini.

"Kami berharap spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum akan dihentikan.

"AEON BiG dan A&R akan terus bekerjasama dengan JAIJ dan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut yang diperlukan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, JAIJ merampas 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat, sehari sebelum Aidilfitri lalu susulan aduan orang awam selain tular di media sosial.
Pages: [1]
View full version: AEON dan Sykt org Islam hina Islam, boycott?


ADVERTISEMENT