maklukpenggoda Publish time 13-4-2024 09:10 PM

11 alas kaki bercetak seperti Kaabah dirampas Jabatan Agama

Edited by maklukpenggoda at 13-4-2024 09:11 PM

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Negeri Johor merampas 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat, di sini, sehari sebelum Aidilfitri lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johkr, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, tindakan itu susulan aduan orang awam terhadap pasar raya terbabit yang menjual alas kaki berkenaan sempena sambutan Aidilfitri.
Menurutnya, pasar raya berkenaan juga sudah dipanggil bagi memberi kenyataan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
“Sebenarnya tindakan pemeriksaan dan pemantauan sudah dibuat sehari sebelum Aidilfitri susulan aduan awam, selain ia tular di media sosial.
“Hasil pemeriksaan, 11 unit alas kaki dengan gambar Kaabah itu sudah dirampas dengan pemantauan juga masih berterusan di seluruh negeri ini.
“Kenyataan tidak dikeluarkan sebelum ini bagi menghormati sambutan Aidilfitri selain meredakan kerisauan awam,” katanya ketika dihubungi.
Sehari sebelum Aidilfitri lalu, tular di media sosial berhubung alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat.
Seorang pengguna memuat naik gambar alas kaki itu, selepas beliau terkejut apabila mengamati gambar tertera adalah Kaabah atau Baitullah al-Haram yang menjadi kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram, Mekah.
“Ingatkan sejadah sebab ada gambar Kaabah, tapi rupanya alas kaki untuk lap kaki,” katanya dalam muat naik di media sosial. – KOSMO! ONLINE

primarikey Publish time 13-4-2024 09:48 PM

Saje kaum tu nk cari pasal
Pastu ckp dorg ditindas plak

tungkai Publish time 13-4-2024 09:57 PM

Ala....mintak maaf setel. Kalau Melayu terus 3R...:I

kotakbaju Publish time 13-4-2024 10:26 PM

Makin menjadi2 pulak ni. Lepas ni apa pulak

cmf_almondpecan Publish time 13-4-2024 10:32 PM

Macam potong satu corner dari kain baldu untuk sejadah dan dijahit jadi kain alas ni. Kilang China lagi ke yang dok guna baki bahan2 dari order lain untuk keuntungan maksimum dan pembaziran minimum?

123456 Publish time 13-4-2024 11:25 PM

primarikey replied at 13-4-2024 09:48 PM
Saje kaum tu nk cari pasal
Pastu ckp dorg ditindas plak

Syarikat Bumiputera yang buat.   Jangan lupa demo depan syarikat dan campak molotov tau..:$



https://i.imgur.com/pKAzkFL.jpeg

B40tastePosh Publish time 14-4-2024 12:14 AM

cmf_almondpecan replied at 13-4-2024 10:32 PM
Macam potong satu corner dari kain baldu untuk sejadah dan dijahit jadi kain alas ni. Kilang China l ...

Kilang China la tu ..nak jimat kos buat design...so pakai design lama pencetak lama.. template lama

Sebab tu jangan beli barang mass production.

Selama hari ni memang sejadah semua Made in China dan diorg recycle je corak, templete tu pada product lain contoh karpet atau alas kaki...nak jimat kos.

cmf_almondpecan Publish time 14-4-2024 12:16 AM

B40tastePosh replied at 14-4-2024 12:14 AM
Kilang China la tu ..nak jimat kos buat design...so pakai design lama pencetak lama.. template lam ...

Oo kisahnya. Macam tu cara kilang jimat kos.

B40tastePosh Publish time 14-4-2024 12:24 AM

cmf_almondpecan replied at 14-4-2024 12:16 AM
Oo kisahnya. Macam tu cara kilang jimat kos.

Template tu semua mahal... block2 design tu bukan murah.

Tapi diorang buat untung dari mass production utk dapat jualan tinggi pada harga murah.

So recycle templete tu dan potong je lah.

Bukan nye orang Islam kerja beli sejadah je tiap tahun, ada sesetengah tu nak yang high quality untuk sembahyang.

Ekonomi China bukan nye bagus sangat 5 tahun sebelum ni sampai sekarang.

Kalau beli mug mug ceramic murah tu pun senang pecah macam tak cukup bakar atau campuran tanah liat tu tak berkualiti lagi...berbeza dgn ceramic yg diorg buat secara mass production dulu.

AbukRokok Publish time 14-4-2024 12:31 AM

Ok masuk list ke aeon boikot?

AbukRokok Publish time 14-4-2024 12:31 AM

123456 replied at 13-4-2024 11:25 PM
Syarikat Bumiputera yang buat.   Jangan lupa demo depan syarikat dan campak molotov tau..




Boikot tetap boikot

nolya Publish time 14-4-2024 01:13 AM

Ada satu hal yg saya ingin ceritakan di sini iaitu di rumah saya ada beberapa helai sejadah besar yg tidak lagi ingin saya gunaka untuk solat. Entah bila saya beli pun saya tak ingat, ada juga ianya hadiah 'door gift' drp majlis khenduri di rumah teman2.Saya tak ingin gunakan sejadah2 trs kerana lakaran rajah yg terdapat di sejadah memberi ilusi yg memesongkan. Tak tau kenapa saya boleh terlihat lakaran wajah yg tak sepatutnya ada, apalagi untuk mencecahkan dahi ketika bersujud. Lebih baik saya gunakan sejadah yg polos tanpa ada lakaran masjid dn gunung2. Ataupun saya akan lapik atasnya dgn tuala kecil/kerudung dn sejadah trs hanyalah sekadar lapik untuk duduk istidraj. Sejadah2 yg tidak dipakai lagi tu kadang2 saya gunakan menggantikan tikar buat melipat baju atau baring2an.

cmf_almondpecan Publish time 14-4-2024 01:30 AM

B40tastePosh replied at 14-4-2024 12:24 AM
Template tu semua mahal... block2 design tu bukan murah.

Tapi diorang buat untung dari mass produ ...

Makin merudumlah nampaknya. Thanks for the info.

lightheaded67 Publish time 14-4-2024 07:12 AM

123456 replied at 13-4-2024 11:25 PM
Syarikat Bumiputera yang buat.   Jangan lupa demo depan syarikat dan campak molotov tau..




oh kampeni melayu. patutnya mmg sejadah, tp item code kampeni ni pakai bg kompius acik aeon. ok

dagusengett Publish time 14-4-2024 07:27 AM

Pesen ffluffy mcm ni mmg rasa cam alas kaki
Ada satu tapi full size so nak lipat tu mmg tegak je kena masuk almari
I yg hat nipis tu pun okay je sbb boleh gantung kat hanger or towel rack. Nak basuh pun senang masuk mesin

zehra2 Publish time 14-4-2024 07:29 AM

depa claim itu mini sejadah. bodoh tk tgk ke coraknya gambor apa.tk tau nk beza mini sejadah dgn alas kaki?

Samerosie Publish time 14-4-2024 07:36 AM

Edited by Samerosie at 14-4-2024 07:38 AM

123456 replied at 13-4-2024 11:25 PM
Syarikat Bumiputera yang buat.   Jangan lupa demo depan syarikat dan campak molotov tau..




Akmal stoskin pun kembang kempis idung bangga kempen boikot cum molotov nya berjaya.Tak lama lagi katanya aku akan jadi menteri besar.

Tinot7 Publish time 14-4-2024 08:54 AM

Iols ingatkan sejadah.. doormat hangpa pakai baldu ka?

FOTHER-MUCKER Publish time 14-4-2024 11:07 AM

Edited by FOTHER-MUCKER at 13-4-2024 07:15 PM

Tapi jika gambar kaabah sekalipun tak ada masalah dipijak.
https://i.postimg.cc/xTPfbts9/IMG-3079.jpg

https://i.postimg.cc/vH77jgz0/IMG-3080.jpg
sejadah
https://i.postimg.cc/15MBXVqf/IMG-3077.jpgbutton test

nikaido Publish time 14-4-2024 11:16 AM

zehra2 replied at 14-4-2024 07:29 AM
depa claim itu mini sejadah. bodoh tk tgk ke coraknya gambor apa.tk tau nk beza mini sejadah dgn a ...

Boleh tanya dkt A&R Fashion Collection. Pembekal pakaian muslimah 100% bumiputera apasal diorang taktau mcm mana rupa sejadah
Pages: [1] 2
View full version: 11 alas kaki bercetak seperti Kaabah dirampas Jabatan Agama


ADVERTISEMENT