sfhzuraz Publish time 13-4-2024 02:00 PM

Dua rumah musnah dalam kebakaran berasingan

Dua rumah musnah dalam kebakaran berasingan

OlehROSILAWATI ROSEDI

13 April 2024 12:34pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/13/2611905.jpg
Sebuah rumah musnah akibat kebakaran di Kampung Damak, Jerantut pada Sabtu. Foto JBPM



KUANTAN - Dua rumah musnah terbakar dalam insiden berasingan di Jerantut dan Temerloh pada Sabtu.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dalam kebakaran di Kampung Damak di Jerantut, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.26 pagi.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/13/2611907.jpg
Anggota bomba memadamkan kebakaran di Kampung Damak,Jerantut pada Sabtu. Foto JBPM





Menurutnya, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut dibantu lima anggota BBP Kuala Krau serta empat anggota pasukan bomba sukarelawan (PBS) dikerahkan ke tempat kejadian.
"Komander operasi melaporkan terdapat kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal dengan peratusan kebakaran dianggarkan 100 peratus.


"Kebakaran dapat dikawal pada jam 7.06 pagi dan kejadian itu tidak melibatkan mangsa," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/13/2611906.jpg
Sebuah rumah jenis sementara yang musnah dalam kebakaran di Kampung Orang Asli Paya Sendayan dekat Kuala Krau pada Sabtu. Foto JBPM



Tambah beliau, dalam kejadian di Kampung Orang Asli Paya Sendayan, Kuala Krau di Temerloh pula melibatkan sebuah rumah jenis sementara dan tidak melibatkan mangsa.



Menurut Zulfadli, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.47 pagi.
"Lima anggota dari BBP Kuala Krau dibantu enam anggota BBP Bukit Angin dikerahkan ke tempat kejadian.
"Rumah jenis sementara itu dianggarkan terbakar 100 peratus," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Dua rumah musnah dalam kebakaran berasingan - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Dua rumah musnah dalam kebakaran berasingan


ADVERTISEMENT