sfhzuraz Publish time 13-4-2024 11:38 AM

Dua beranak maut kemalangan dengan lori

Dua beranak maut kemalangan dengan lori


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/obj51021018_1712978316.jpg
KENDERAAN dinaiki dua beranak yang maut dalam kemalangan dengan lori di Kampung Permatang Kerat Telunjuk. FOTO ihsan Polis



Bandar Baharu: Dua beranak maut selepas kereta pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan lori di Jalan Permatang Kerat Telunjuk, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Azmi Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 8 malam apabila Toyota Alphard dipandu lelaki berusia 55 tahun bersama lima penumpang termasuk ibunya berusia 85 tahun.
"Mereka dipercayai dalam perjalanan dari arah Serdang menghala ke Bandar Baharu.
"Lokasi kejadian mempunyai lampu jalan dan laluan dua hala. Siasatan mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard yang dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan sisi kanan lori berkenaan.
"Kemalangan itu menyebabkan Toyota Alphard itu terbabas ke kiri jalan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Azmi berkata, pemandu Toyota Alphard dan ibunya meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.
"Pemandu lori berusia 43 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan," katanya.


Disiarkan pada: April 13, 2024 @ 11:18am
Dua beranak maut kemalangan dengan lori (hmetro.com.my)




sfhzuraz Publish time 13-4-2024 11:48 AM

https://assets.bharian.com.my/images/articles/mpv_1712978072.jpg
Keadaan MPV yang remuk selepas bertembung dengan sebuah lori di Jalan Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu Kedah yang menyebabkan dua beranak maut - Foto ihsan PDRM

kredit - BH
Pages: [1]
View full version: Dua beranak maut kemalangan dengan lori


ADVERTISEMENT