YgBenar Publish time 13-4-2024 01:18 AM

Ibu bapa dinasihati tidak belanja duit raya anak untuk tembolok sendiri

GEORGE TOWN – Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membelanjakan duit raya anak mereka untuk kepentingan diri sendiri sebaliknya menyimpan bagi kegunaan anak itu pada masa hadapan.



Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, adalah haram sekiranya ibu bapa menggunakan duit raya yang diberikan kepada anak-anak mereka untuk kegunaan yang tidak sepatutnya.

Menurutnya, ibu bapa sewajarnya menggunakan duit tersebut untuk kepentingan anak-anak seperti membeli makanan, minuman, pakaian, perhiasan dan sebagainya.

Pada dasarnya duit raya yang dihadiahkan kepada anak-anak adalah kepunyaan mereka. Oleh itu, ibu bapa wajar menggunakannya untuk kepentingan anak-anak mereka.

“Ibu bapa juga boleh mengambil langkah penjimatan selain menyimpan atau melabur wang berkenaan untuk manfaat berterusan bagi anak-anak mereka.

“Adalah haram sekiranya wang itu dibelanjakan secara boros, membeli barangan yang tidak perlu atau membazir,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Wan Salim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hukum ibu bapa yang menggunakan duit raya anak-anak mereka untuk kepentingan diri sendiri.

Bagaimanapun tambah Wan Salim, adalah harus bagi ibu bapa mengambil duit raya atau apa jua harta milik anak-anak mereka jika ada keperluan untuk berbuat demikian.

“Hukum harus itu bersandarkan kepada sebuah hadis riwayat At-Tirmizi daripada Siti ‘Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada seorang Arab Badawi, bahawa “Engkau dan hartamu adalah milik bapamu”.

“Justeru, Imam Maliki, Hanafi dan Syafie berpendapat, adalah harus bagi seorang bapa mengambil harta anaknya jika diperlukan sama ada dengan keredaan si anak atau tidak dan sama ada diketahuinya atau tidak.

“Begitu juga yang difahami daripada jawapan Imam Ahmad Hanbal bila beliau ditanya tentang soalan yang sama,” jelasnya lagi.

SumberSinarHarian

manopBKK Publish time 15-4-2024 10:33 AM

Ahaks.. ahaks!!

mizruncing Publish time 15-4-2024 11:26 AM

aku baru tau klu duit raya tu nak gunakan untuk beli toys yg anak sendiri nak pon tak boleh ye. baca kt page ustaz wadi. sbb katanya tu bukan termasuk dlm nafkah wajib.. klu utk nafkah takpe nak pakai duit anak then kena ganti balik

Rajawali Publish time 15-4-2024 11:30 AM

duit raya anak dara aku dia guna beli tablet samsung raya ke 3..patut la beria ia nak pi mall dgn abang dia

Weller Publish time 15-4-2024 11:30 AM

Ada member sentap kat fb pasal ustaz2 duk up isu duit raya anak

kata deme.

Huhuhu

_blackbird Publish time 15-4-2024 11:59 AM

mmg betul pon, mak bapak mana lah boleh ambil harta anak sesukahati. walaupon anak tu kecil lagi and anak tu rela bg duit raya dia kat mak bapak dia, sebagai parent, bukan tanggungjawab anak kecik yg kena dok pikir isi tembolok parent, parent yg kena cari jalan mcm mana nak suap anak makan walaupon makan ubi kayu je. ni yg dikatakan amanah dan tanggungjawab.


susah mcm mana pon jgn la ambil duit anak, hidup je lah bersederhana. anak tu pon ada masa depan dia sendiri yg masih panjang, dah korg hidup susah, package skali masa depan pon gelap, takkan nak anak sendiri pon masa depan gelap mcm korang juga. duit yg tak seberapa tu biar lah anak dah 18thn nnt uruskan sendiri, anak nak sambung belajar ke, nak kick start mulakan career ke etc. parent tu trustee ja pong,

amyza Publish time 15-4-2024 12:24 PM

Memang pun. Makpak kena keluar duit sendiri utk anak². Budak² ni dapat duit raya memang dah ada target nak beli benda² diorg suka. Kalau benda tu mahal kena explain lah lambat sikit baru beli, duit raya simpan bank utk masa depan.
Pegi decathlon makpak terbeliak mata tengok harga basikal lipat anak² nak. Mahal kemainhahaha. Sabar je laaa

bulan_gerhana Publish time 15-4-2024 12:26 PM

huii.. amanah jadi mak pak weyyy..

anak2 iols... yg 2 kecik2 ni iols masih pegang duit raya derang.. yg 2 besor je iols suh pegang sendiri... yg 1 dah masuk uni pepandai la manage duit sendiri.. yg sowang ni sek men... iols nasihat je.. jaga duit lek lok.. mana nak masuk tabung haji bak mai kat mami..once dha bank in iols screenshot tunjuk... sok cukup umo iols suh tuko adult account manage sendiri cam abang dia.. yg no 3 dah pandai devide duit mana nak belanja mana nak simpan.. cuma iols still limit bende yg depa bole beli... yg kecik x pernah kesah... tapi tau mmg ade duit dia...

lurve82 Publish time 15-4-2024 12:33 PM

Anak3 aku sejak lahir aku dh masukkan dlm sspn dgn tbg hj. Umur dorg skrg dh 13thn, 11thn dgn 2thn setgh. Dh beribu pun duit dorg dlm akaun tu. Yg 2 thn lebih tu pun dh jejak rm4k. Pernah gak aku kuarkan sikit reno umah. Lpas tu ganti balik.
Pages: [1]
View full version: Ibu bapa dinasihati tidak belanja duit raya anak untuk tembolok sendiri


ADVERTISEMENT