sfhzuraz Publish time 12-4-2024 09:09 PM

Saksi kemalangan maut di Bandar Baharu diminta tampil bantu siasatan

Saksi kemalangan maut di Bandar Baharu diminta tampil bantu siasatan


BERNAMA


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/polis_1712925571.jpg
GAMBAR hiasan


Nibong Tebal: Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) memohon bantuan orang ramai atau saksi untuk tampil membantu siasatan bagi satu kes kemalangan maut di kilometer 167.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara berhampiran Bandar Baharu, di sini pada 7 April lalu.
Ketua Polis Daerah Superintendan Chong Boo Khim berkata kejadian dimaklumkan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) kira-kira 8.50 pagi, membabitkan kereta jenis Honda Civic berwarna hitam dengan sebuah lagi kenderaan dipercayai lori.
"Kemalangan menyebabkan pemandu kereta, seorang lelaki berusia 35 tahun dari Balik Pulau meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher.
"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan kenderaan yang terlibat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan merbahaya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Berdasarkan siasatan awal di lokasi kejadian, Chong berkata berkemungkinan kereta dipandu mangsa itu yang melanggar kenderaan satu lagi tetapi sehingga kini tiada laporan dibuat oleh pemandu kenderaan berkenaan.
Sehubungan itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian supaya tampil menghubungi BSPT SPS di talian 04-5858340 bagi membantu siasatan.


Disiarkan pada: April 12, 2024 @ 8:39pm
Saksi kemalangan maut di Bandar Baharu diminta tampil bantu siasatan (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Saksi kemalangan maut di Bandar Baharu diminta tampil bantu siasatan


ADVERTISEMENT