sfhzuraz Publish time 12-4-2024 06:40 PM

Kawasan rumput berhampiran Dataran Jambatan Angkat terbakar

Kawasan rumput berhampiran Dataran Jambatan Angkat terbakar

OlehNURFARDLINA IZZATI MOKTAR

12 April 2024 03:59pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/12/2611071.jpg
Sebahagian kawasan rumput berhampiran Dataran Jambatan Angkat (Drawbridge) terbakar. Foto Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota



KUALA TERENGGANU - Sebahagian kawasan rumput berhampiran Dataran Jambatan Angkat (Drawbridge), di sini terbakar pada malam Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kota, Yahaya Hanapi@Nasir berkata, seramai enam anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.50 malam.


"Kebakaran itu melibatkan kawasan rumput dengan anggaran keluasan sebanyak 0.02 hektar.
"Jadi anggota bomba menggunakan air tangki pam jentera untuk kerja-kerja pemadaman kebakaran bagi mengelak api daripada merebak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.


Mengulas lanjut, Yahaya berkata, api itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.16 malam.
"Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," ujarnya.
Kawasan rumput berhampiran Dataran Jambatan Angkat terbakar - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Kawasan rumput berhampiran Dataran Jambatan Angkat terbakar


ADVERTISEMENT