ultra78 Publish time 12-4-2024 03:31 PM

Sambutan Aidilfitri suram, penduduk FELDA Perasu terputus bekalan air

Sambutan Aidilfitri suram, penduduk FELDA Perasu terputus bekalan air
Oleh Paya Linda Yahya - April 12, 2024 @ 3:01pm
bhnews@bh.com.my

Aesah menunjukkan tiada bekalan air bersih sejak seminggu lalu di FELDA Perasu. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya
GUA MUSANG: Sambutan Aidilfitri penduduk di FELDA Perasu di sini, agak suram apabila terputus bekalan air bersih sejak Ahad lalu.

Penduduk mendakwa, masalah itu berlaku kepada penduduk yang tinggal di kawasan tinggi di FELDA berkenaan.

Penduduk, Mohd Rosmizi Rosli, 43, berkata disebabkan masalah bekalan air bersih yang terputus dia terpaksa mengambil air sungai untuk kegunaan harian sejak Ahad lalu.

Katanya, masalah bekalan air bersih yang terputus turut memberi kesan kepada perniagaannya yang menjual ayam proses di penempatan itu.

"Sejak hampir seminggu lalu, saya terpaksa mengambil air sungai untuk kegunaan harian dan membersihkan ayam proses yang dijual.

"Keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada perniagaan ayam proses yang saya usahakan di hadapan rumah. Aduan sudah di buat sejak empat hari lalu kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan sehingga kini masih menanti maklum balas mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagi Aesah Abd Kadir, 65, oleh kerana terputus bekalan air anaknya yang pulang berhari raya di kampung terpaksa memendekkan cuti dan pulang awal ke ibu kota.

Katanya, dia berasa kecewa apabila masalah itu sudah berlarutan hampir seminggu sehingga menyebabkan sambutan Aidilfitri yang disambut agak suram kerana tidak dapat memasak dan membasuh pinggan dengan selesa.

"Makanan yang dimasak pada pagi raya pun hanya ala kadar kerana masalah tiada bekalan air bersih untuk mencuci bahan memasak selain membasuh pinggan mangkuk yang sudah digunakan.

"Malah, anak terpaksa pulang awal ke tempat masing-masing kerana tiada air di rumah dan perlu mengambil air dari sungai untuk kegunaan anak-anak mereka.

"Sebelum mereka pulang pun sempat juga mengambil air untuk kegunaan saya di sini," katanya.

Aesah berharap masalah air itu dapat diselesaikan secepat mungkin kerana sudah tidak sanggup mengambil air dan memberi kesan kepada aktiviti seharian penduduk di situ.

Triple_8 Publish time 12-4-2024 03:34 PM

Demo nok air ko nok isle? :lol:

SedihPedih Publish time 12-4-2024 03:53 PM

kesian, stress lahai kalau xde air.

Iols kt kg haritu air slow pun stress sb umat dlm rumah ramai.

kakikuDibibirmu Publish time 12-4-2024 03:56 PM

Triple_8 replied at 12-4-2024 03:34 PM
Demo nok air ko nok isle?

Terputus tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa:$:rf:{:mlshy:}{:shyo

green~tea Publish time 12-4-2024 04:08 PM

Triple_8 replied at 12-4-2024 03:34 PM
Demo nok air ko nok isle?

Isle lah...

nikaido Publish time 12-4-2024 05:10 PM

Kl berita ini masuk fb, mesti kena soal apasal xguna air boring? Seolah2 semua org mampu nak buat
Btw rumah parent aku air boring pun kering kelantan sebulan puasa xhujan. Hari raya nasib hujan balik

Samerosie Publish time 12-4-2024 05:13 PM

Serious x faham. Anak2 dah tahu rumah parents x de bekalan air bersih, kenapa tak ambil je duduk kat 'ibu kota'.Kalau balik kg belah spouse, boleh kan tinggal parents after 1st day tu cabut sekejab or pakat adik beradik. Ni kau nak nyusahkan jugak org tua tu.
Acik pun sama anak2 balik brainwash sikit jgn duk undi lebai2.Acik tak de air derang aman2 beraya keta mewah bekalan air bersih tka putus etc.

jazaa100 Publish time 12-4-2024 05:17 PM

Yg aku tak paham.
Knp tak de usaha gali perigi ke.....kwn aku dok beranang, aku gi rumah dia elok je ada perigi kt dapur, ....standby klu tak de air katanya....


Triple_8 Publish time 12-4-2024 10:32 PM

jazaa100 replied at 12-4-2024 05:17 PM
Yg aku tak paham.
Knp tak de usaha gali perigi ke.....kwn aku dok beranang, aku gi rumah dia elok je ...

Meh aku nak bagi faham. Rumah aku ada perigi tapi kering sebab kemarau. Kalau tak kemarau pun air berbau lumpur dan kuning. Perigi bukan semua orang boleh gali, yang dah gali pun tidak semestinya dapat air bersih. Ada yang dapat air bersih ada yang dapat air kuning dan busuk. Yang gali perigi dekat tanah asal sawah padi memang gerenti dapat air keruh dan busuk, pakai filter pun tak guna. Bila Nik Amar sebut pasal perigi rumah dia dulu, ini yang dia tak faham.

jazaa100 Publish time 12-4-2024 11:09 PM

Triple_8 replied at 12-4-2024 10:32 PM
Meh aku nak bagi faham. Rumah aku ada perigi tapi kering sebab kemarau. Kalau tak kemarau pun air...

Ooo...iya ke....
Guna perigi yg dalam sampai ke bawah tanah tu pun x blh ek...jgn gali tak dlm....nati air dari tangki najis dok masuk situ

Triple_8 Publish time 12-4-2024 11:59 PM

jazaa100 replied at 12-4-2024 11:09 PM
Ooo...iya ke....
Guna perigi yg dalam sampai ke bawah tanah tu pun x blh ek...jgn gali tak dlm.... ...

Gali dalam-dalam pun tak guna kalau mata air tak kuat. Tetap kering kalau kemarau. Kalau tanah ada bijih besi makin dalam gali makin teruk kualiti air.

FOTHER-MUCKER Publish time 13-4-2024 01:19 AM

Edited by FOTHER-MUCKER at 12-4-2024 09:22 AM

Kau orang dah boleh practice menggunakan batu.........


Cara Bersuci Menggunakan Batu


[*]Senin, 14 November 2022 | 17:21 WIB



https://i.postimg.cc/cJ78ch4H/IMG-3065.jpg

Sebagai seorang muslim yang baik, kita diajarkan untuk senantiasa menjaga kebersihan dan kesucian. Salah satunya adalah diwajibkannya untuk bersuci setelah buang hadats, baik hadats besar maupun kecil.
Umumnya di wilayah penduduk muslim terutama Indonesia, bersuci rata-rata menggunakan air. Namun dalam beberapa keadaan tertentu yang tidak memungkinkan kita boleh menggunakan selain air, kita diperbolehkan bersuci menggunakan batu.
Rasulullah saw bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu pergi ke tempat buang hajat besar, maka bersihkanlah dengan menggunakan tiga batu karena sesungguhnya dengan tiga batu itu bisa membersihkannya (HR Ahmad, Nasa'i, dan Abu Dawud).

Baca Juga:
Syarat Menjadi Makmum Shalat yang Baik

Lalu bagaimana cara kita untuk bersuci menggunakan batu? Dijelaskan dalah kitab Safinatunnajah, karangan Syaikh Salim bin Samir Al-Hadrami, ada beberapa syarat penggunaan batu untuk bersuci, baik dari hadats kecil maupun hadats besar. (فصل) شروط إجزاء الحَجَرْ ثمانية: أن يكون بثلاثة أحجار ، وأن ينقي المحل ، وأن لا يجف النجس ، ولا ينتقل ، ولا يطرأ عليه آخر ، ولا يجاوز صفحته وحشفته ، ولا يصيبه ماء ، وأن تكون الأحجار طاهرة.
Artinya: Syarat beristinjahanya dengan menggunakan batu ada delapan, yakni (1) dengan menggunakan tiga buah batu (2) batunya dapat membersihkan tempat keluarnya najis (3) najisnya belum kering (4) najisnya belum pindah (5) najisnya tidak terkena barang najis yang lain (6) najisnya tidak melampaui shafhah dan hasyafah (7) najisnya tidak terkena air (8) batunya suci (Salim bin Sumair Al-Hadlrami, Safiinatun Najaa, (Beirut: Darul Minhaj: 2009), halaman 17).Baca Juga:
Ini Bacaan Wirid Setelah Shalat Lima Waktu

Kedelapan syarat itu beserta penjelasannya disampaikan oleh Syaikh Nawawi Al-Bantani dalam kitabnya Kasyifatus Saja sebagai berikut:

1.    Menggunakan tiga batu atau tiga buah sisi dari batu. Dengan menggunakan tiga buah batu atau tiga buah sisi dari satu batu. Meskipun dengan satu batu atau satu sisi batu tempat yang dibersihkan dari najis telah bersih, tetap ada keharusan untuk terus melakukannya sampai batas minimal tiga buah batu atau tiga sisi batu.
Sebaliknya bila dengan tiga batu itu tempat yang dibersihkan masih belum bersih dari najis maka wajib hukumnya untuk menambah hingga tempatnya benar-benar bersih. Dalam hal penambahan ini disunnahkan dengan bilangan ganjil meskipun telah bersih pada saat dibersihkan dengan bilangan genap.
2.    Batunya dapat membersihkan tempat keluarnya najis. Batunya dapat membersihkan tempat keluarnya najis. Dengan batasan bahwa najis yang dibersihkan tak lagi tersisa pada temat keluarnya kecuali hanya sekedar bekasnya saja yang tidak bisa dihilangkan selain dengan air atau lainnya.

3.    Najisnya belum kering Najisnya belum mengering. Bila najisnya telah mengering maka tidak bisa beristinja’ hanya dengan batu saja tanpa menggunakan air. Ini dikarenakan batu tidak bisa menghilangkan najis tersebut setelah kering. Maka bila najis telah mengering secara keseluruhan atau sebagiannya harus dibersihkan dengan menggunakan air.
4.    Najisnya belum pindah Najisnya belum berpindah dari tempat yang ia kenai ketika keluar. Bila ada najis yang berpindah dan masih menyambung dengan tempat tersebut maka wajib menggunakan air untuk menghilangkan najis tersebut secara keseluruhan.
Namun bila najis yang berpindah itu tidak menyambung dengan tempat keluarnya maka yang wajib dibersihkan dengan air hanyalah najis yang berpindah saja, sedangkan najis yang masih tetap berada pada tempatnya boleh dibersihkan dengan batu saja.
5.    Najisnya tidak terkena barang najis yang lain. Najisnya tidak terkena barang najis yang lain atau barang suci yang basah selain air keringat. Bila yang mengenainya adalah air keringat atau benda suci yang kering seperti batu kerikil maka tidak mengapa.
Namun bila yang mengenainya adalah barang najis baik basah maupun kering atau barang suci yang basah maka istinja’ mesti dilakukan dengan menggunakan air, tidak bisa hanya dengan menggunakan batu saja.
6.    Najisnya tidak melampaui shafhah atau hasyafah Bagi orang yang buang air besar najis yang keluar tidak melampaui bagian samping dubur, yakni bagian bokong yang apabila pada posisi berdiri maka akan menempel satu sama lain. Sedangkan bagi orang yang buang air kecil najis yang keluar tidak melampaui ujung zakar. Bila itu terjadi maka istinja’ yang dilakukan harus dengan air, tidak bisa hanya dengan batu saja.
7.    Najisnya tidak terkena air. Setelah atau sebelum beristinja’ menggunakan batu najis yang keluar tidak terkena air yang tidak dimaksudkan untuk membersihkan najis tersebut meskipun air tersebut suci atau tidak terkena benda cair lain. Ini dikarenakan air atau benda cair tersebut bisa menjadi najis. Beranjak dari ini maka apabila beristinja’ dengan menggunakan batu yang basah tidak sah istinja’nya, karena dengan basahnya batu tersebut dapat menjadikan batu itu najis dengan najisnya tempat yang dibersihkan, kemudian batu yang telah jadi najis itu dipakai untuk beristinja’ sehingga mengotori tempat yang dibersihkan tersebut. Bila ini yang terjadi maka istinja’ harus dilakukan dengan air, tidak cukup dengan batu saja.
8.    Batunya suci. Batu yang digunakan beristinja' adalah batu yang suci. Maka tidak cukup bila beristinja’ hanya dengan batu namun batunya mutanajis (batu yang terkena najis).
Itulah delapan syarat bersuci menggunakan batu, semoga bermanfaat bagi kita semua. Karena sesungguhnya mempelajari ilmu fiqih dan mengetahui hukumnya merupakan kewajiban bagi kita semua.



isseliparjepun Publish time 13-4-2024 10:52 PM

Kes di kampung I, empangan Juaseh kering. Dah ada notis dari JPS so mak I dah buat simpanan air siap-siap. Anak anak dah plan, raya pertama je beraya rumah, sebab catuan air ni dah dimaklumkan beberapa hari sebelum raya. Kita bercuti la pergi negeri lain. Mana maunya mak ayah kami tu.

any42 Publish time 13-4-2024 11:43 PM

kesiannya xde air. dah la musim pnas. paling tidak 4x nk mndi. yg pompuan lg la klau yg tgh bhadas tu aduhaiii seksanya xde air.

B40tastePosh Publish time 14-4-2024 12:06 AM

Triple_8 replied at 12-4-2024 10:32 PM
Meh aku nak bagi faham. Rumah aku ada perigi tapi kering sebab kemarau. Kalau tak kemarau pun air...

Tu lah dipanggil Perigi Buta.

Kat rumah pusaka atok aku ada Perigi Buta memang tempat kitorang buang sampah:lol:

Lepas kerajaan Selangor dah buat tong sampah aku banned orang kat rumah tu buang sampah dan bakar sampah kat Pergi Buta tu;P

jejaka_hensem Publish time 14-4-2024 12:07 AM

Bersusah-susah-susah-susah-susah-susah-susah-susah-susah dahulu,besenang-senang kemudian:$

ultra78 Publish time 14-4-2024 08:27 AM

nikaido replied at 12-4-2024 05:10 PM
Kl berita ini masuk fb, mesti kena soal apasal xguna air boring? Seolah2 semua org mampu nak buat
Bt ...

Di kelantan ni rakyat yg terpaksa fikir sendiri berkenaan engineering dalam agihan air dari telaga tiub masuk ke dalam rumah. Kalau yang ada masalah air tekanan rendah pula mereka sediakan tangki air di ground level dan pakai pump utk tarik air naik ke tangki di aras tinggi sebelum distribute ke dalam rumah. Yang paling zalim adalah bil air tetap jalan walaupun air tak keluar.

ultra78 Publish time 14-4-2024 08:36 AM

Kalau nak kata selangor tak ada masalah air tipu la. Yang paling teruk aku alami setakat ni adalah bila ada ada 2 insiden yang berlaku secara berturutan. Waktu tu memang terputus bekalan air beberapa hari. Tapi wakil rakyat main peranan dan push air selangor hantar lori air ke kawasan perumahan. Jadi dapat la juga air utk keperluan asas. Itu la penting kena ada wakil rakyat yang buat kerja.

Triple_8 Publish time 14-4-2024 10:14 AM

ultra78 replied at 14-4-2024 08:36 AM
Kalau nak kata selangor tak ada masalah air tipu la. Yang paling teruk aku alami setakat ni adalah b ...

Wakil rakyat di Kelate macam tak kisah pun semua orang tiada air. Seolah-olahnya itu normal. Kalau semua orang ada air baru pelik bin ajaib. :lol:

sam1528 Publish time 14-4-2024 10:56 AM

Triple_8 replied at 14-4-2024 10:14 AM
Wakil rakyat di Kelate macam tak kisah pun semua orang tiada air. Seolah-olahnya itu normal. Kalau ...

Secara adil rasa2 wakil rakyat Kelate ambil tau problem ni

Tapi terlampau banyak problem sampai dah tak tau mana nak start


Bila pengguna dapat air teh/teh O , dah takmo bayar bil

Berputar kat situ aje lah


Pages: [1] 2
View full version: Sambutan Aidilfitri suram, penduduk FELDA Perasu terputus bekalan air


ADVERTISEMENT