maklukpenggoda Publish time 12-4-2024 11:02 AM

Ada yang dah beranak, graduan kecewa konvokesyen ditangguh lagi

KUALA LUMPUR: Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kecewa apabila Istiadat Konvokesyen Ke-99 ditangguhkan buat kali kedua.
Istiadat Konvokesyen itu yang dijadualkan berlangsung pada Mei ini selepas ditangguhkan pada Disember tahun lalu sekali lagi ditangguhkan dan dijangka diadakan pada September ini.
Ini menjadikan graduan yang menamatkan pengajian pada Februari 2023 terpaksa menunggu hampir dua tahun untuk menerima skrol.
Graduan dari Fakulti Kejuruteraan yang mahu dikenali sebagai Kamal, 25, menyifatkan penangguhan istiadat itu menunjukkan kelemahan pengurusan universiti."Bayangkan graduan sudah menunggu lama ada yang dari bujang dan kini sudah mempunyai anak.
"Konvokesyen adalah untuk meraikan bersama keluarga namun selepas beberapa kali penangguhan mungkin 'mood' untuk berkonvo sudah tidak ada lagi.
"Ini bukan kali pertama penangguhan Istiadat Konvokesyen UiTM, malah ketika COVID-19 dahulu sudah beberapa kali ia ditangguhkan namun kini penangguhan dibuat tanpa sebarang alasan munasabah," katanya.
Sementara itu, seorang graduan dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Nur Afifah, 24, memohon jasa baik Tuanku Canselor UiTM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Universiti yang menentukan kekerapan dan tarikh bagi mengadakan konvokesyen untuk mengkaji semula penangguhan konvokesyen berkenaan.
"Jika konvokesyen diadakan pada September tahun ini, ia genap 20 bulan kami menamatkan pengajian. Bayangkan graduan lain yang akan berkonvo pada Istiadat Konvokesyen ke-100 dan seterusnya, bila mereka akan berkonvo?
"Pemakluman penangguhan yang dimuat naik di media sosial tanpa sebarang alasan itu menjadikan graduan sebagai mangsa dan terpaksa menunggu lama. Jika dahulu kita faham kerana negara dalam keadaan pandemik.
"Para cendekiawan universiti sepatutnya sudah mempunyai perancangan dan bukannya menjadikan graduan sebagai mangsa keadaan," katanya.
Sebelum ini, beberapa kali Istiadat Konvokesyen UiTM ditangguhkan susulan peningkatan kes jangkitan harian COVID-19 pada 2 hingga 23 Mac 2022.
Lazimnya, Istiadat Konvokesyen sepatutnya dilangsungkan enam bulan selepas tamat pengajian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1233899/graduan-uitm-kecewa-istiadat-konvokesyen-ditangguh-lagi

ChildrenOfBodom Publish time 12-4-2024 11:26 AM

Konvo ni syarat ja la bengap oi, habis belajar kluar result , habis praktikal apa semua , transkrip dah ada, cgpa dah ada,. boleh ja kan mtk reja?.. hang ingat future majikan nak tgk gambaq konvo hang kaa?

jas7512 Publish time 12-4-2024 12:29 PM

ChildrenOfBodom replied at 12-4-2024 11:26 AM
Konvo ni syarat ja la bengap oi, habis belajar kluar result , habis praktikal apa semua , transkrip...

Sgt setuju..i x de ambil gambar konvo.post graduate tapi dpt je keje based on results...sijil tu dpt je x pyh pun nak konvo bagai..uitm tangguh komvo ni sbb bajet kot

Weller Publish time 12-4-2024 12:44 PM

konvo kensel banjir. Pulang jubah, dapat scrol. Nak konvo 2nd round bayar extra.

Skuau Publish time 12-4-2024 12:51 PM

naper nk pening psl konvo..fikirla acaner nk idup ngn ijazah tu nt.

cmf_premierleag Publish time 12-4-2024 12:55 PM

Ala korang ni..depa nk gak ada gambo baling2 mortar board tu bagai;P nak pegang bunga + patung po-oh yg ada bunga tu......org lain ada..takkan depa takde kan

ninja boy Publish time 12-4-2024 03:05 PM

Itu last jumpa member sblm korang bawa halatuju dunia baru

bottombikini Publish time 12-4-2024 03:22 PM

korang kena paham
depa nak juga gantung frame kat umah parents :lol:

VespaSilbe Publish time 12-4-2024 07:29 PM

Sini je kan konvo2 tu.. negara lain takat pakai jubah ambik gambar je kan.. ke iols salah

noor2 Publish time 12-4-2024 07:44 PM

ChildrenOfBodom replied at 12-4-2024 11:26 AM
Konvo ni syarat ja la bengap oi, habis belajar kluar result , habis praktikal apa semua , transkrip...

Transcript tu dapat masa konvo...selagi x konvo mereka mana dapat...tu sb depa susah nk mintak kerja dan sambung degree..ni anak akak sendiri la pengalaman mcm ni

hyie Publish time 12-4-2024 07:57 PM

noor2 replied at 12-4-2024 07:44 PM
Transcript tu dapat masa konvo...selagi x konvo mereka mana dapat...tu sb depa susah nk mintak ker ...

ekceli kalau kes tangguh2 ni, kita boleh je mintak skrol tu kat pihak uni, meols penah je buat, tapi lupa kena bayar ke idok, rasanya bayar certain amaun la macam RM50 camtu. Boleh request ambik byhand atau pos, kalau pos ada caj pos la.
So, konvo ke tak konvo ka, boleh sajork dapat skrol awal katanya.

aint Publish time 12-4-2024 08:02 PM

majlis convo tk penting pun... ape la bbnu ni... yg penting overall cgpa 4.00 yer

she Publish time 12-4-2024 08:04 PM

Macik taknak gaduh pasal gambau ke
Pasal transkrip ke
Iv keje ke
Baling mortar fotoshoot jubah ke

Sekarang nak tahu
Kenapa tunda?!

Sekian soalan macik

noor2 Publish time 12-4-2024 08:27 PM

hyie replied at 12-4-2024 07:57 PM
ekceli kalau kes tangguh2 ni, kita boleh je mintak skrol tu kat pihak uni, meols penah je buat, ta ...

Ohhhh..betul ke...kalau tahu dah lama budak ni mintak sambung degree...tu la bila x bertanya2 ni..adoiii...

Tq info hyie...

green~tea Publish time 12-4-2024 08:28 PM

Skuau replied at 12-4-2024 12:51 PM
naper nk pening psl konvo..fikirla acaner nk idup ngn ijazah tu nt.

Agreeeee!!!!!

syamzana Publish time 12-4-2024 08:42 PM

she replied at 12-4-2024 08:04 PM
Macik taknak gaduh pasal gambau ke
Pasal transkrip ke
Iv keje ke


iols pun nak tau jugak...kalau dulu sbb covid skrg knp??

ChildrenOfBodom Publish time 12-4-2024 09:08 PM

noor2 replied at 12-4-2024 07:44 PM
Transcript tu dapat masa konvo...selagi x konvo mereka mana dapat...tu sb depa susah nk mintak ker ...

transkrip boleh mintak dekat Jabatan Hal Ehwal Akademik lepaih habis belajaq tak payah tunggu lepas konvo pon.. konvo ni just majlis simbolik habis belajar (graduasi) semata2...takdak kaitan dengan keputusan akademik....once senat dahbermesyuarat kata bdk tu boleh grad thats it.
selalunya bdk2 lps majlis konvo tu la depa p pjbt HEA amik transkrip... kalau bdk yg tak datang konvo depa boleh suruh pejabat HEA post...kena laa bayar kalau x silap. cth kalau bdk tu kalut nk p inteview dia perlu transkrip bagai sblm konvo boleh jaa depa mintak once dh kluar result sem last..

3480 Publish time 13-4-2024 01:06 AM

Sbb masa covid dah tangguh so yg next2 lg lambat.
Mcm spm la kot

Piramida Publish time 13-4-2024 11:11 AM

noor2 replied at 12-4-2024 07:44 PM
Transcript tu dapat masa konvo...selagi x konvo mereka mana dapat...tu sb depa susah nk mintak ker ...

Konvo tu majlis saja.. rasa byk Uni bagi je if nak scroll or transcript... Lagi2 kalau asyik postpont.

noor2 Publish time 13-4-2024 01:18 PM

Ok ok...tq info @ COB dan Piramida...
Pages: [1] 2
View full version: Ada yang dah beranak, graduan kecewa konvokesyen ditangguh lagi


ADVERTISEMENT