EJALTI Publish time 11-4-2024 08:21 PM

Ibu bapa tidak boleh guna duit raya anak sewenang-wenangnya

Ibu bapa tidak boleh guna duit raya anak sewenang-wenangnya

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sewenang-wenangnya

Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my

Disiarkan pada: April 11, 2024 @ 4:36pm

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sdfg333_1712824551.jpg
GAMBAR HIASAN

Kuala Lumpur: Ibu bapa tidak boleh dengan mudah atau sewenang-wenangnya menggunakan duit raya anak mereka bagi tujuan peribadi atau perbelanjaan.

Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari, Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berkata, ibu bapa dinasihatkan agar meminta izin daripada anak-anak mereka.

"Duit raya anak-anak adalah pemberian orang ramai, sahabat handai atau keluarga kepada anak-anak itu.

"Jadi, ibu bapa tidak boleh ambil duit anak itu untuk tujuan kos perjalanan, perbelanjaan atau apa saja bagi tujuan peribadi dan sebagainya.

"Bahkan kalau nak guna, dinasihatkan ibu bapa itu meminta izin daripada anak-anak untuk menggunakan duit raya itu bagi tujuan tertentu," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, ibu bapa perlu amanah ke atas duit raya yang diberikan kepada anak-anak mereka.

"Perlu dijelaskan juga bahawa duit raya ini adalah duit yang sudah dikhususkan untuk anak-anak kita. Jadi oleh sebab itu, dinasihatkan kepada ibu bapa untuk amanah dengan duit yang sudah diamanahkan si pemberi itu agar tidak disalah guna.

"Mungkin sebahagian ibu bapa anggap ia sebahagian daripada duit yang mereka boleh guna, tapi hakikatnya tidak," katanya.

_blackbird Publish time 11-4-2024 08:53 PM

Mak yg marah anak dia tak dpt duit raya RM50 tersenyum sinis :I:P

ninja boy Publish time 11-4-2024 09:55 PM

Anak2 yg nakal, mak bapak mulut jahat mmg x dpt duit raya taw

midori888 Publish time 11-4-2024 10:01 PM

Edited by midori888 at 11-4-2024 10:05 PM

kalu mak bapa tu susah, apa salahnyer dia guna duit raya anak dia, some budak mmg suka nak kongsi duit raya dgn parents dia sbb dia syg parents dia...kasih syg seorg anak kat parents dia slalunyer tulus....

Ahriman Publish time 11-4-2024 10:21 PM

Budak sekarangkan senang je dpt 100+ ringgit dlam sehari.
kita dulu2 20 ringgit sehari pon susah nk dpt.:lol:
Untung korang lahir zaman sekarang.

cmf_PariS Publish time 12-4-2024 12:29 PM

tabungkan utk anak dlm asb ke apa ke... dh nk masuk U nnt tk melalak tadak duit..

jas7512 Publish time 12-4-2024 12:32 PM

I dulu   30 yrs back mmg dpt rm200 rm300 waktu raya dan i x kisah pun bila mak nak guna sbb i tahu itu utk belanja keluarga tapi mak i biasa ganti blk duit i dan duit raya tu biasa buat mkn2..beli buku alat rulis etc..nasib masa tu xde internet lg

lostnfaun Publish time 12-4-2024 12:50 PM

Dr. Izhar nie lepas isu QM terus boleh masuk dgn apa dia cakap.

Skuau Publish time 12-4-2024 12:53 PM

Ahriman replied at 11-4-2024 10:21 PM
Budak sekarangkan senang je dpt 100+ ringgit dlam sehari.
kita dulu2 20 ringgit sehari pon susah nk...

tak jugok abang..masa tu abg beli roti canai 7posen..la ni dh 2.50 ...bang.:lol:;P

cmf_premierleag Publish time 12-4-2024 12:57 PM

Aku bagi duit raya kat org2 tertentu je yakni parents, nenek,dan 2 org makcik aku..sbb diorg je byk berjasa dlm hidup aku
So budak2 sume tu aku x bagi
Korang pandai kongkek, pandai2 la cari duit nk jaga family korang..kowser nk sponsor hidup org lain;P
Pages: [1]
View full version: Ibu bapa tidak boleh guna duit raya anak sewenang-wenangnya


ADVERTISEMENT