EJALTI Publish time 11-4-2024 08:14 PM

PMX, Anwar Ibrahim, dijamu ubi kayu di rumah terbuka Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul.

PM dijamu ubi kayu di rumah terbuka speaker

https://www.malaysiakini.com/news/702271

Diterbitkan:Apr 11, 2024 5:41 PM
Dikemaskini: 7:17 PM

https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/8182238a843f38e4d35da59c8b1d3279.png=s800

Perdana Menteri Anwar Ibrahim disajikan pelbagai hidangan, antaranya ubi kayu ketika berkunjung ke rumah terbuka Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul.

"Usai ziarah di Hospital Kuala Lumpur, saya dan Azizah terus ke kediaman rasmi Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bagi memenuhi undangan rumah terbuka beliau dan isteri.

"Saya juga sempat bersalaman dan bertegur sapa dengan tetamu yang hadir sambil dijamu pelbagai juadah menarik termasuk ubi kayu kukus dan kelapa parut.

"Gunakan peluang sempena Aidilfitri ini untuk mengunjungi sanak saudara serta teman-teman,” kata Anwar pada hantaran di Facebook hari ini.

https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/9aa5cc5874cf4fabc9201a34cec584e9.png

Dalam keadaan kekurangan bekalan beras tempatan, Johari pada 6 April lalu dilaporkan menyarankan orang ramai menjadikan ubi kayu sebagai sumber alternatif untuk karbohidrat.

Johari dipetik Harian Metro mencadangkan supaya orang ramai tidak bergantung semata-mata kepada beras sebagai makanan ruji utama mereka.

"Kalau beras menjadi isu, apa tujuan beras kita makan...tujuan untuk dapatkan karbohidrat.

“Saya merasakan ada tak alternatif lain sementara kita nak selesaikan isu beras.

https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/06/089ccbc464a1cc13adfd62a3128403d2.jpg

"Contoh saya pernah berbincang dengan beberapa Ahli Parlimen Sarawak, Sarawak tanam ubi kayu yang digunakan sebagai supplement (makanan tambahan),” katanya.

Mengulas lanjut, Johari berkata meneroka sumber makanan tempatan alternatif boleh menjadi satu cara untuk mengurangkan pergantungan kepada import.

DIa memetik import negara terhadap makanan luar bernilai lebih RM60 bilion pada tahun lalu.

Sementara itu, pada 6 April Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dilaporkan menggesa kerajaan untuk menaikkan harga lantai padi dan benih padi serta menetapkan harga siling untuk beras putih import bagi mengatasi isu berkaitan beras.

https://i.ncdn.xyz/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/03/e71a604bb805d806c00803f8b82f4beb.jpg

Pengerusi LPP Mahfuz Omar dipetik Bernama berkata kenaikan harga lantai padi juga sebagai melindungi petani supaya pengilang beras tidak boleh membeli padi di bawah paras harga lantai ditetapkan.

Katanya, ini juga bagi mengelak ketidaktentuan dan manipulasi berterusan terhadap harga padi di pasaran tempatan yang seterusnya memberi kesan kepada harga dan bekalan beras.

"Kita mencadangkan harga lantai belian padi dinaikkan, harga lantai ini untuk melindungi petani, kilang tak boleh beli di bawah harga tersebut, iaitu harga untuk kehidupan dan keuntungan petani," katanya.

Selain itu, Mahfuz berkata pihaknya turut mencadangkan kerajaan supaya menetapkan harga siling bagi beras import untuk mengelakkan manipulasi beras dalam pasaran.

https://i.ncdn.xyz/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/11/1de971e95d09491c11b66af03a86a179.jpg

"Bila tak ada harga siling, ia akan menyebabkan pengilang-pengilang memanipulasi bekalan.

“Mereka salin beras tempatan untuk buat beras import, beras dicampur dan sebagainya, jadi kita minta adakan harga siling beras import," katanya.

Pada Oktober tahun lepas, kerajaan mengumumkan peningkatan harga lantai belian padi kepada RM1,300 satu tan berbanding RM1,200, kadar sejak 2014.

Pages: [1]
View full version: PMX, Anwar Ibrahim, dijamu ubi kayu di rumah terbuka Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul.


ADVERTISEMENT