EJALTI Publish time 11-4-2024 07:49 PM

PMX, Anwar Ibrahim, arah selesaikan segera masalah sesak, panas di wad kelas tiga HKL

PM arah selesaikan segera masalah sesak, panas di wad kelas tiga HKL

https://www.malaysiakini.com/news/702253

Diterbitkan:Apr 11, 2024 2:26 PM⋅
Dikemaskini: 3:29 PM

https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/596f5ab0a83a138e74add21eaa2b1a6a.jpg=s800

Kerajaan akan menyegerakan penyediaan kemudahan yang perlu di wad kelas tiga Hospital Kuala Lumpur (HKL) demi keselesaan pesakit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan meneliti keperluan terbabit serta permasalahan lain untuk dibawa kepada perhatian Jemaah Menteri.

https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/78cc07eb62283cf96ad856ca4ff200c3.jpg

https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/1001751047973129?ref=embed_post

Terdahulu, beliau dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, diiringi oleh Dr Dzulkefly dan Pengarah HKL Datin Paduka Dr Rohana Johan, melawat pesakit yang sedang dirawat di wad perubatan kelas tiga hospital itu, di Kuala Lumpur.

Anwar berkatabeliau yakin Dr Zulkefly dan Dr Rohana dimaklumkan masalah yang mendesak dan perlu diberi perhatian oleh Kementerian kesihatan serta kerajaan, bagi memastikan penyediaan prasarana yang lebih baik di hospital berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau mahu kajian menyeluruh dibuat tentang pemerolehan ubat-ubatan oleh semua hospital dan klinik kerajaan di negara ini agar tidak berlaku pembaziran dan kerugian.

https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/a9eb0132283d53cab5b5fc394346532e.jpg

“Apakah ubat-ubatan itu digunakan sepenuhnya, tidak ada pembaziran dan apakah keutamaan… itu kita perlu beri tumpuan kepada HKL kerana jumlah (yang diperlukan) lebih besar.

“… tetapi kita juga kena beri tumpuan kepada klinik di Kapit, klinik di Manek Urai umpamanya... jadi hal ini dilihat keseluruhannya oleh kementerian dan kita buat keputusan,” jelas beliau.

Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada HKL atas kecemerlangan prestasi hospital itu yang mendapat pengiktirafan dunia, dan beliau berharap pencapaian tersebut akan menjadi galakan kepada semua pihak untuk meningkatkan usaha dan khidmat mereka.

- Bernama

dani-rox Publish time 11-4-2024 09:33 PM

satu lagi ai nak komplen, parking kat hospital dan klinik kerajaan - apahal makin lama makin kurang parking utk pesakit dan pengunjung? dulu boleh jah parking dlm kawasan spital, tp semenjak dua menjak nih soh parking kat luar, kena menapak tak kiralah ko sakit datang sorg2. tengok2 abis semua parking dalam dikonker doktor dan staff. padahal dah bg rumah dok dlm kwsn spital/klinik pun berebut parking dgn marhaen. badan sihat kot, cuba bg laluan dgn org sakit dan ahli korga mereka, hospital bintulu nih dah byk kes curi tayar ya, sbb terpaksa parking di luar dan jauh. dahlah ahli korga sakit, tayar keta engkau pulak kena curi... berganda2 ditimpa kesusahan. para staff sila exercise sket, lebih2 lagi geng nurse yg gemok2 tuh. dah2lah cop parking mcm bapak ngkorang jah yg byr tax :lol::lol:

bottombikini Publish time 12-4-2024 09:45 AM

festaim rasanya PM ziarah masa raya kat spital
biasa tgk deme bz pegi open house sana sini je kat tv

benda yg baik kita alu-alukan

Denco Publish time 12-4-2024 11:02 AM

bottombikini replied at 12-4-2024 09:45 AM
festaim rasanya PM ziarah masa raya kat spital
biasa tgk deme bz pegi open house sana sini je kat tv ...

Slowly la kan nk tackle mcm² isu kat Msia ni. Harap² dlm tempoj jangka panjang byk lagi isu boleh diperbaiki dr xde langsung action. Isu ubat membazir ni mmg ye pun. I keje line spital tau la isu² mcm ni.

bottombikini Publish time 12-4-2024 11:07 AM

Denco replied at 12-4-2024 11:02 AM
Slowly la kan nk tackle mcm² isu kat Msia ni. Harap² dlm tempoj jangka panjang byk lagi isu bole ...

iols penah ziarah husband ofismet kat HKL
ya Allah kesiannya yg kelas 3
rasa mcm masuk zaman 50s
apo KKM..kata negara membangun

btw, iols tak paham kes pembaziran ubat tu kenapa ya

xy_daen Publish time 13-4-2024 12:48 AM

Baik? Baik ada makna..;P

Skuau Publish time 13-4-2024 01:30 AM

dani-rox replied at 11-4-2024 09:33 PM
satu lagi ai nak komplen, parking kat hospital dan klinik kerajaan - apahal makin lama makin kurang...

kaloo ada kes kecemasan...payah la doc & nurse nk 'CEPAT BUAT KERJA'.

Skuau Publish time 13-4-2024 01:32 AM

"Suka malezia..ubat pigi spital..tada bayar"-Asing worang la.:lol:

nusaraya Publish time 13-4-2024 09:48 AM

Edited by nusaraya at 13-4-2024 10:10 AM

Wooow.... X hairanlah jika rakyat Malaysia sangat banggabahwa mereka punya PMX Imam Mahdi yang mampu menyelesaikan SEMUA MASALAH di Malaysiadalam SEKEJAB...

Tampaknya memang betolTuhan yang Maha Kuasa dan Penuh Kasih Sayang betol-betol sangat mencintai dan melindungi anda semua yang paling suchi dan mulia anak cucu nabi ibrahim dan keturah ... Hehehe

lkick2113 Publish time 13-4-2024 09:53 AM

Dia ziarah tu dah ok dah. Ni main arah2 Kan ni peruntukan nak tambah Baik dah luluskan ke Belum? Dok main arah2 ni sometimes is a political stunt je. Peruntukan tak dilumuskan just nak tunjuk dalam media je. Harap2 betul2 lah dia luluskan peruntukan

krustykrab Publish time 13-4-2024 10:44 AM

Selesaikan dulu masalah warga asing pati lps tu baru lah hospital gomen boleh tarik nafas lega.

Apoo Publish time 13-4-2024 10:54 AM

bottombikini replied at 12-4-2024 11:07 AM
iols penah ziarah husband ofismet kat HKL
ya Allah kesiannya yg kelas 3
rasa mcm masuk zaman 50s


Contoh ubat paracetemol yg diberi sampai seminggu, padahal selalunya org ambil ubat ni sampai 3 hari saja. Lagi satu yg aku perasan, hospital kerajaan mudah sgt bagi antibiotik.
Klu di UK, setakat demam batuk biasa tu, dia suruh balik rumah rehat & banyakkan minum air.

cm_vungtau Publish time 13-4-2024 11:04 AM

Duit tax bebanyak tu guna la letak aircond ke hapa. Tahapa2 ambik duit banyak tapi servis hampagas

dani-rox Publish time 13-4-2024 04:44 PM

Skuau replied at 13-4-2024 01:30 AM
kaloo ada kes kecemasan...payah la doc & nurse nk 'CEPAT BUAT KERJA'.

emergency punn, takkan abis parking utk staff sajork. parking khas utk doktor, ai paham lagi... yg kerja administration dan farmasi tu, apa kes? pegi la parking luar dan jauh sket. dulu kat poliklinik, elok jah marhaen bole parking dlm kawasan, tiberr semua tuh utk staff dia org jah. pak guard yg sepatutnya tolong pesakit ambik wheel chair ke apa ke, kalau tak dok bersantai healing - jd tukang jaga parking pegi sound marhaen soh parking luar, dah mcm jin jaga harta ahmad albab sebegitu:lol:

Skuau Publish time 13-4-2024 04:50 PM

dani-rox replied at 13-4-2024 04:44 PM
emergency punn, takkan abis parking utk staff sajork. parking khas utk doktor, ai paham lagi... yg ...

kalo staff admin depa..baik hang kasi viralkan...komplen2 tak jln dh la ni.

LautBiru52 Publish time 13-4-2024 04:58 PM

dani-rox replied at 13-4-2024 04:44 PM
emergency punn, takkan abis parking utk staff sajork. parking khas utk doktor, ai paham lagi... yg ...

Kannnn. Aku terfikir kalau yg sakit drive sendiri ke hospital, jenuh pulak nk mencari parking baru berkejar jumpa doktor. Tempat aku dkt selayang ni ya rabbi mmg la payah nk dapat parkingnya. Sesama staff pun berebut

kakigebang Publish time 13-4-2024 08:42 PM

cm_vungtau replied at 13-4-2024 11:04 AM
Duit tax bebanyak tu guna la letak aircond ke hapa. Tahapa2 ambik duit banyak tapi servis hampagas

Letak a/c...cadangan ni aku setuju

_kelly Publish time 13-4-2024 09:15 PM

bagi arahan saja tak guna kalau takde peruntukan..ada hosp yang nak tukar mesin mri pon tak mampu sebab bajet kena potong yach..guna la mesin lama yang tak update tu

jazaa100 Publish time 13-4-2024 09:16 PM

dani-rox replied at 11-4-2024 09:33 PM
satu lagi ai nak komplen, parking kat hospital dan klinik kerajaan - apahal makin lama makin kurang...

Betul.... Parking kt sepital tu semua utk kakitgn je....
Buat le parkin bertingkat mcm hosp ampang tu....

jazaa100 Publish time 13-4-2024 09:21 PM

Indon sekor kat atas tu menyibuk pasal negara kita....
Indon bab*
Pages: [1] 2
View full version: PMX, Anwar Ibrahim, arah selesaikan segera masalah sesak, panas di wad kelas tiga HKL


ADVERTISEMENT