EJALTI Publish time 11-4-2024 07:43 PM

Syarikat penerbangan milik Sarawak dijangka beroperasi 2025

Syarikat penerbangan milik Sarawak dijangka beroperasi 2025

https://www.malaysiakini.com/news/702261

Diterbitkan:Apr 11, 2024 3:13 PM⋅
Dikemaskini: 3:13 PM

https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/07/9b942580ae582cfefe3eadb86030a72b.jpg=s800

Syarikat penerbangan milik Sarawak dijangka mula beroperasi pada 2025, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Katanya pada masa ini proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan negeri itu sedang berlangsung selepas dipersetujui secara prinsip oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Aviation Group.

“Apa yang berlaku kini ialah perbincangan mengenai aspek teknikal pengambilalihan tersebut. Saya jangka mungkin pada bulan Ogos atau selewat-lewatnya hujung tahun ini boleh selesai. Kita akan ada syarikat penerbangan kita sendiri pada 2025.

“Nama syarikat penerbangan juga sudah ada, tapi kita tidak boleh umum dulu,” katanya yang ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

Pada 23 Nov tahun lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil dilaporkan berkata kerajaan negeri Sarawak sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASwings Sdn Bhd sebagai persediaan mengambil alih syarikat penerbangan berkenaan.

- Bernama

Erotika Publish time 15-4-2024 10:52 AM

Lama mane mampu bertahan.. wait & see!

aisah7493 Publish time 15-4-2024 11:02 AM

Erotika replied at 15-4-2024 10:52 AM
Lama mane mampu bertahan.. wait & see!

Terpaling kan....

kemaruk Publish time 15-4-2024 11:07 AM

Erotika replied at 15-4-2024 10:52 AM
Lama mane mampu bertahan.. wait & see!

MAS rugi berpuluh puluh tahun boleh je survive sampai sekarang

airasia tu pon kalau takde softloan ko ingat masih wujud lagi ke sekarang ni

kemaruk Publish time 15-4-2024 11:12 AM

btw nama syarikat ni kelak ape ye?

moga2 jangan lah letak nama pelik2 contohnya burung kenyalang airlines, rumahpanjang air, guaniah skyways etc

letak je sarawak airlines, baru nampak kelas gitew

s@s@ Publish time 15-4-2024 12:03 PM

ingat airlines baru....
tajuk pun...

salimrock Publish time 15-4-2024 01:02 PM

harus la sarawak memiliki airlines sendiri, negeri dia sendiri je lagi besar dari semenanjung ada member kerja cikgu sekita tahun 2000 cakap kadang2 masuk pedalaman pn kena naik kapal terbang ringan...

green~tea Publish time 15-4-2024 01:08 PM

Edited by green~tea at 15-4-2024 01:13 PM

Erotika replied at 15-4-2024 10:52 AM
Lama mane mampu bertahan.. wait & see!

Deme sebenarnya ada plan nak keluar terus dari Malaysia... kira 1 Borneo lah...

Banyak lagi tu deme tengah duk godek2 nak take over..

Tp duit nya takde... bangsat betol.. semua benda dia expect federal sponsor spoonfeed.. PERASAN...tamak haloba... kail sejengkal tp nak bolot selautan...

Deme duk anggap malaysia ni kaya sbb hasil bumi deme.. maka segala duit harta buleh curi sbb HALAL milik sarawak..


Asalnya deme nak beli myairlines yang MELINGKUP tu... mujur tak proceed ;P ;P

brown_pupil Publish time 15-4-2024 01:32 PM

Hopefully tak kena 'hidden hands' macam kes myairlines tu la..

Skuau Publish time 15-4-2024 03:02 PM

"Korang ni memang asal DENGKI ke DENGKIL"?-Dani Rox,Belibis....{:1_555:}

izwan_izi Publish time 15-4-2024 03:06 PM

So..kalo ada apa2 problem..jgn nk mintak Persekutuan utk bail-out pulak ye...

Takpun ratib ayat cliche..."Semenanjung curi hasil"

ayukpingu Publish time 15-4-2024 03:13 PM

kalau tak sebab bagi duit kat semenanjung tu , aku rasa sarawak boleh bawa balik klia1 dan klia2 sekali...tapi tu lah kan org semenanjung ni bitter bila dikata curi hasil sarawak. tapi memang betul la pon..terima la hakikat. sampai ke sudah la korang asyik kene sindir org borneo:lol:

Skuau Publish time 15-4-2024 03:13 PM

izwan_izi replied at 15-4-2024 03:06 PM
So..kalo ada apa2 problem..jgn nk mintak Persekutuan utk bail-out pulak ye...

Takpun ratib ayat cli ...

"betul la...minyak & gas"-cmf-shalom(poromer Swak..tah mana dh).

izwan_izi Publish time 15-4-2024 06:43 PM

ayukpingu replied at 15-4-2024 03:13 PM
kalau tak sebab bagi duit kat semenanjung tu , aku rasa sarawak boleh bawa balik klia1 dan klia2 sek ...

Kamon laa...mcm mana nk curi...Masuk Sarawak utk kerja pon susah..siap permit bagai..

Politician and kroni yg korg pilih tu tanak disalahkan pulak...

Kalo tak..takde la smpai arwah laki si Ragad tu boleh kumpul harta menimbun2...tu belum kira lagi kroni2 cina diaorg yg rumah besar2 kt Miri tu...siap ada special parking kt Sanyan...itu baru parking je...heh heh heh..

Nak kata Semenanjung curi minyak..? Dah sah2 gred paling tinggi dan mahal ada di dasar laut Terengganu..gred sweet crude lagi...

ayukpingu Publish time 16-4-2024 08:54 AM

izwan_izi replied at 15-4-2024 10:43 AM
Kamon laa...mcm mana nk curi...Masuk Sarawak utk kerja pon susah..siap permit bagai..

Politician...

kat terengganu eh? tp negeri tu jugak yg paling mundur.
nak tanya income tu kemana? adil ke tak bagi bagi rakyat terengganu?
sama juga kisahnya kat sarawak. hasil kat sarawak.pendapatannya pulak banyak bagi kat sape? :lol:
tapi aku bersyukur sbb byk dah perubahan bagus jadi kat sarawak. slowly ambik balik hak royalti, energy revolution dlm hydrogen and soon own airline.

pokokmeranti Publish time 16-4-2024 10:45 AM

masuk sarawak ibarat jadi warga asing............

jiwasemangat Publish time 16-4-2024 11:40 AM

Paling aku tak suka..naik katerbang kecikk..

OshinDaSolja Publish time 16-4-2024 03:16 PM

green~tea replied at 15-4-2024 01:08 PM
Deme sebenarnya ada plan nak keluar terus dari Malaysia... kira 1 Borneo lah...

Banyak lagi tu d ...

elok juga la keluar dari Malaysia klau betul2 confident... pernah dgr cerita sebenarnya few years lepas Malaya merdeka,Tunku kena paksa dgn British supaya absorb Sabah Sarawak sbb takut koloni tersebut jatuh ke tangan negara pro komunis... British time tu dh tak larat nk urus koloni2 sbb nk focus pulihkan ekonomi di Britain..tak psal2 Malaya kena tanggung extra burden aka jadi pak sanggup...Brunei sempat pull off last minute bila taw Sabah dan Sarawak dh jadi buffer zone lpas agreed join Malaya...kelakar jugak diorang tu lebih rela under British smpai 1984...

bila ada claim mengatakan Malaysia kaya disebabkan hasil bumi Sabah Sarawak semata mata, iollz menentang keras... Malaya terutamanya Federated Malay States seperti Perak, Selangor, Pahang, N9 ni dh lama kaya raya dengan hasi bumi sejak zaman kesultanan dan colonial lagi..Negeri Selat seperti Penang dan Melaka pun kaya raya dgn perdagangan sejak zaman dahulu kala.. Terengganu pun ada minyak yg significant dan bijih besi...Johore of course kaya raya sejak azali dan merupakan pemilik asal Singapore..

klau tak kerana Sabah Sarawak, iollz rsa GDP per capita Malaysia akan lebih tinggi, dan juga better Human Development Index... but it's okay things happened... go on je la setakat mana yg mampu...

OshinDaSolja Publish time 16-4-2024 03:17 PM

izwan_izi replied at 15-4-2024 06:43 PM
Kamon laa...mcm mana nk curi...Masuk Sarawak utk kerja pon susah..siap permit bagai..

Politician...

betul...setuju sangat2

izwan_izi Publish time 16-4-2024 03:31 PM

Edited by izwan_izi at 16-4-2024 03:41 PM

ayukpingu replied at 16-4-2024 08:54 AM
kat terengganu eh? tp negeri tu jugak yg paling mundur.
nak tanya income tu kemana? adil ke tak b ...

At least Terengganu mmg dh terbukti kalau kerajaan negeri tak perform...Pengundi tukar je kerajaan...banyak kali dah Terengganu tukar kerajaan setiap kali PRN / PRU..

Hasil minyak Terengganu..? Tak heran pon..sb Petronas jaga melalui projek2 CSR di Terengganu..duit royalti pon Federal ada bagi..

Beza dgn Sarawak...Pemimpin kaut hasil share dgn kroni...rakyat takde dpt benefit..ujung2 bawak sentimen Semenanjung curi hasil...Sarawakian pon percaya la bulat2...janji boleh salahkan Semenanjung...Pemimpin Sarawak pon suci balik..

Minyak Sarawak..? Berapa puluh tahun ehh hasil minyak Sarawak disedut oleh SHELL ye..? Mana projek2 CSR SHELL Sarawak...keuntungan minyak Sarawak masuk ke Royal-Dutch Shell..balance2 masuk ke poket pemimpin Sarawak sendiri..

Kalo tak kerana akta Petroleum Nasional..Mmg tergadai terus minyak Sarawak tu pd syarikat luar negara..Berapa byk Federal nk kene tanggung ganti rugi utk selamatkan hasil minyak Sarawak supaya tak dijarah terus oleh Shell..? Itu tanak kira pulak..Yg sering diratib.."Semenanjung Curi Hasil"
Pages: [1] 2
View full version: Syarikat penerbangan milik Sarawak dijangka beroperasi 2025


ADVERTISEMENT