sfhzuraz Publish time 11-4-2024 02:30 PM

Wang ihsan RM58.6 juta bukti hubungan baik Kelantan dengan kerajaan Persekutuan - Mohd Nasuruddin

Wang ihsan RM58.6 juta bukti hubungan baik Kelantan dengan kerajaan Persekutuan - Mohd Nasuruddin

Oleh Siti Rohana Idris - April 11, 2024 @ 1:44pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/mbklate_1712814287.jpg
Menteri Besar, Datuk Mohd Nasuruddin Daud (kiri) beramah mesra dengan orang ramai yang hadir dalam Majlis Rumah Terbukanya di perkarangan Maahad Tahfiz Daril Ulum, di sini, hari ini. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR



PASIR MAS: Pemberian wang ihsan RM58.6 juta minggu lalu membuktikan hubungan baik kerajaan Persekutuan dengan Kelantan sejak sekian lama.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Daud berkata, kerajaan Persekutuan sentiasa membantu Kelantan dalam segala hal bukan sahaja soal wang ihsan.
"Kerajaan Persekutuan sentiasa membantu Kelantan bukan sahaja dalam soal wang ihsan tapi dalam banyak perkara lain.
"Hubungan kita (kerajaan negeri) dengan persekutuan baik dari dulu lagi, semua perkara boleh dibincang dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) beri jaminan bahawa beliau akan turut beri perhatian kepada Kelantan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu beliau hadir dalam Majlis Rumah Terbukanya di perkarangan Maahad Tahfiz Daril Ulum, di sini, hari ini.
Kelmarin, Kerajaan Persekutuan memaklumkan sudah menyalurkan wang ihsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan, minggu lepas bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri.
Sambil mengucapkan terima kasih atas penyaluran wang ihsan itu, Mohd Nasuruddin berkata, bantuan itu dapat meringankan tanggungan kerajaan negeri untuk pembayaran gaji kakitangan awam di negeri ini.
"Biasanya wang ihsan diberi dua kali iaitu pada April dan hujung tahun jadi untuk April kita sudah terima. Wang ihsan ini biasanya Kerajaan Persekutuan beri untuk kita meringankan tanggungan bagi pembayaran gaji kerana kita bayar gaji sebanyak RM33 juta sebulan," katanya.
Wang ihsan RM58.6 juta bukti hubungan baik Kelantan dengan kerajaan Persekutuan - Mohd Nasuruddin (bharian.com.my)




Pages: [1]
View full version: Wang ihsan RM58.6 juta bukti hubungan baik Kelantan dengan kerajaan Persekutuan - Mohd Nasuruddin


ADVERTISEMENT