sfhzuraz Publish time 11-4-2024 12:45 PM

Aidilfitri: Bumbung 10 rumah di DUN Penaga, Bertam diterbangkan ribut

Aidilfitri: Bumbung 10 rumah di DUN Penaga, Bertam diterbangkan ribut



Oleh Audrey Dermawan - April 11, 2024 @ 12:16pm audreymd@nst.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/ribut_1712808998.jpg
Bumbung 10 rumah di DUN Bertam dan Penaga di sini rosak akibat diterbangkan ribut dan hujan lebat ketika umat Islam menyambut Aidilfitri semalam. - Foto FB Reezal Merican Naina Merican



BUTTERWORTH: Bumbung 10 rumah di DUN Bertam dan Penaga di sini rosak akibat diterbangkan ribut dan hujan lebat ketika umat Islam menyambut Aidilfitri semalam.
Lapan rumah rosak di DUN Penaga iaitu di Kampung Permatang Tok Labu, Kampung Permatang Kampung Tok Brain, Kampung Sungai Kedak, Kampung Kancut, Taman Penaga, Kampung Padang dan Kampung Kota Aur manakala dua rumah di Kampung Permatang Pak Maras dalam DUN Bertam rosak dan setakat ini, tiada laporan mengenai sebarang kecederaan.
ADUN Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dalam catatan Facebook hari ini, berkata beliau dan Penyelaras DUN Penaga, Mohd Naim Salleh, akan berhubung dengan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan kepada rumah terbabit.
"Ketika umat Islam menyambut Hari Raya semalam, bumbung beberapa rumah di sini rosak dilanda ribut.
"Ustaz Mohd Naim segera melawat rumah yang terjejas di DUN Penaga dan membuat laporan kepada agensi berkaitan.
"Selepas Maghrib, saya dan Ustaz Mohd Naim melawat rumah yang terjejas di Kampung Permatang Pak Maras dan Kampung Permatang Tok Labu.
"Sememangnya ia adalah ujian besar buat mereka pada Syawal ini," katanya.
Reezal Merican berkata, beliau menyerahkan bantuan awal kepada mangsa yang terjejas malam tadi.Beliau turut berterima kasih kepada penghulu serta pejabat daerah dan tanah Seberang Prai Utara kerana segera turun padang semalam.
Hujan lebat, angin kencang dan ribut dilaporkan melanda negeri di utara tanah air itu petang semalam menyebabkan beberapa pokok tumbang di Pulau Pinang.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata, pihaknya menerima 13 aduan pokok tumbang di daerah timur laut dan barat daya.
Aduan membabitkan di Jalan Brown, Lebuh Union, Kampung Rawa (off Jalan Patani), Halaman York, Jalan Thomas (Bukit Dumbar), Tingkat Batu Uban 3, Mutiara Perdana, Hilir Pemancar, Lorong Erskine, Sungai Dua, Pesara Mahsuri, Medan Fetterdan Batu Feringghi.
Aidilfitri: Bumbung 10 rumah di DUN Penaga, Bertam diterbangkan ribut (bharian.com.my)





sfhzuraz Publish time 11-4-2024 12:46 PM


https://www.facebook.com/reezal.merican041/posts/1007178884097403?ref=embed_post
Pages: [1]
View full version: Aidilfitri: Bumbung 10 rumah di DUN Penaga, Bertam diterbangkan ribut


ADVERTISEMENT