sfhzuraz Publish time 11-4-2024 12:32 PM

Pokok tumbang di 13 lokasi pada Aidilfitri

Pokok tumbang di 13 lokasi pada Aidilfitri

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

11 April 2024 12:00pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/11/2609827.jpg
Kakitangan MBPP dan anggota bomba sedang berusaha mengalih dan membersihkan pokok tumbang dalam kejadian pada Rabu. FB MBPP



GEORGE TOWN - Sebanyak 13 lokasi di dua daerah di negeri ini dilaporkan mengalami kejadian pokok tumbang dan dahan-dahan pokok besar patah berikutan hujan lebat dan angin kencang pada Rabu.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian di kesemua lokasi berkenaan.


Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataannya berkata, antara lokasi terlibat ialah Jalan Brown, Lebuh Union, Kampung Rawa (Off Jalan Patani), Halaman York, Jalan Thomas (Bukit Dumbar), Tingkat Batu Uban 3, Mutiara Perdana, Hilir Pemancar, Lorong Erskine, Sungai Dua, Pesara Mahsuri, Medan Fetter dan Batu Feringghi.
"Kerja-kerja memotong, mengalih dan membersih sebahagian besar kawasan-kawasan yang terlibat telah selesai dilaksanakan manakala kawasan yang memerlukan peralatan dan jentera besar akan diuruskan secepat mungkin.


"Wira-wira MBPP yang ikhlas memikul amanah melaksanakan tugas-tugas mereka tanpa mengira waktu dan cuaca demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk.
"Mereka sentiasa berada dalam keadaan bersiap-sedia menghadapi sebarang kebarangkalian bencana berlaku.
"Terima kasih kepada mereka yang terlibat daripada Pasukan Pengurusan Bencana yang dianggotai mereka daripada Jabatan Landskap, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Kejuruteraan dan Bahagian Pengurusan Aduan MBPP," katanya pada Rabu.
Selain MBPP, kerja pembersihan turut melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.
Pokok tumbang di 13 lokasi pada Aidilfitri - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Pokok tumbang di 13 lokasi pada Aidilfitri


ADVERTISEMENT