sfhzuraz Publish time 11-4-2024 12:06 PM

Kemeriahan Aidilfitri terencat kerana sarung kulit tedung senduk

Kemeriahan Aidilfitri terencat kerana sarung kulit tedung senduk


Zuliaty Zulkiffli - April 11, 2024 @ 10:39am bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/ekon_1712806586.jpg
Anggota bomba memeriksa pendingin hawa sebelum menemukan sarung kulit tedung senduk. - FOTO BOMBA



SIK: Kemeriahan sebuah keluarga menyambut Aidilfiri terencat apabila sarung kulit ular ditemukan dalam pendingin hawa rumah mereka di Kampung Kota Aur, di sini.
Pada mulanya, seorang daripada mereka terdengar bunyi kuat dalam pendingin hawa berkenaan dan bimbang dengan keadaan itu, pasukan bomba dihubungi untuk membantu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7 petang semalam sebelum menghantar sepasukan tujuh anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Soffuan Sabry ke lokasi.
"Selepas memeriksa hampir 15 minit, pasukan operasi hanya mendapati sarung kulit ular dalam pendingin hawa berkenaan. Pemeriksaan terus dilakukan anggota bomba di segenap ruang rumah untuk mencari ular, tapi reptilia itu sudah hilang.
"Berdasarkan sarung kulit ular berkenaan, ia dipercayai tedung senduk," katanya ketika dihubungi hari ini sambil menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan faktor cuaca panas kerana reptilia berbisa itu akan berteduh di tempat lembab dan sejuk.
"Sentiasa jaga kebersihan kawasan rumah, peka dan prihatin dengan kawasan persekitaran ketika musim perayaan ini. Terus hubungi balai bomba berdekatan atau 999 jika ada sebarang kecemasan untuk bantuan," katanya.
Kemeriahan Aidilfitri terencat kerana sarung kulit tedung senduk (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Kemeriahan Aidilfitri terencat kerana sarung kulit tedung senduk


ADVERTISEMENT