FOTHER-MUCKER Publish time 11-4-2024 08:31 AM

Tamrin Ghafar dipanggil polis berhubung catatan blog

Edited by FOTHER-MUCKER at 10-4-2024 04:33 PM

Tamrin Ghafar dipanggil polis berhubung catatan blogKalbana Perimbanayagam
am@hmetro.com.my





https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Untitled_tamrin_ghafar_1712748969.jpgMOHD Tamrin, gambar fail. FOTO NSTP



Kuala Lumpur: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba, Datuk Mohd Tamrin dipanggil polis berhubung catatan blog disiarkannya yang 'meramalkan' masa depan orang Melayu dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Bercakap kepada New Straits Times, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam berusia 74 tahun itu berkata, beliau menerima panggilan telefon pada petang Isnin berhubung siasatan polis membabitkan catatan pada 4 April itu.
"Saya terima panggilan daripada polis mengatakan ada laporan dibuat terhadap catatan blog terbaru saya bertajuk '10 tahun lagi, DAP akan jadi Tuan'," katanya.
Beliau berkata, seorang pegawai menghubunginya semalam dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman memohon kerjasamanya berhubung siasatan berkaitan blog itu.
​"Dia tanya saya, bila saya boleh datang untuk memberi kenyataan, memandangkan hari raya, saya cadangkan sedikit masa minggu depan.

"Saya kata mungkin pada hari raya kelapan atau kesembilan. Tetapi sekarang saya buat keputusan pergi pada 16 April," katanya.Tamrin dijadualkan berjumpa pegawai penyiasat di Bukit Aman pada 10.30 pagi pada Selasa depan.
"Saya tiada masalah memberi kerjasama kepada pasukan penyiasat. Lagipun ini bukan kali pertama saya dipanggil polis berhubung penulisan saya," katanya yang juga seorang Blogger.
Beliau juga menegaskan, beliau tidak melakukan kesalahan di bawah undang-undang dan hanya berkongsi ramalannya melalui artikel '10 tahun lagi DAP akan jadi Tuan'.
"Saya hanya berkongsi pemikiran saya tentang masa depan, berdasarkan apa yang berlaku pada masa ini antara parti-parti.
"Dengan orang Melayu bertelagah sesama mereka mengenai siapa yang akan menjadi Perdana Menteri dan kekacauan berkaitan, ramalan saya mungkin tidak jauh tersasar," katanya.


Disiarkan pada: April 10, 2024 @ 12:36pm



FOTHER-MUCKER Publish time 11-4-2024 08:32 AM

Smpai seperti ini sekali so ...

Samerosie Publish time 11-4-2024 08:38 AM

La idup lagi dia ni.
Pages: [1]
View full version: Tamrin Ghafar dipanggil polis berhubung catatan blog


ADVERTISEMENT