YgBenar Publish time 11-4-2024 01:04 AM

Cerita orang kaya:usahawan berbelanja puluhan ribu ringgit hiasi kediaman untuk Syawal kerana bosan

SHAH ALAM – Seorang usahawan sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit membeli barangan baharu bagi menghiasi kediamannya untuk menyambut Syawal tahun ini.

Ibu kepada enam cahaya mata, Arba’yah Datuk Utoh Said, 44, berkata, semua pembelian barangan baharu itu adalah mengikut trend semasa disebabkan mudah bosan dengan suasana di dalam rumah.

“Raya tahun ini saya beli empat pasang baju raya untuk setiap ahli keluarga dan jumlah perbelanjaan untuk pakaian sahaja sekitar RM5,000.

Saya juga membeli set meja makan baharu sebab mengikut trend sekarang adalah meja makan kayu. Jadi, saya beli set tersebut bersama lapan kerusi sekitar RM7,000.

“Karpet di ruang tamu juga saya tukar baharu dengan harga melebihi RM1,000. Memang setiap tahun saya akan habiskan puluhan ribu, mungkin sebab anak-anak ramai,” katanya kepada Sinar Harian.

Arba’yah turut memberitahu, dia memasang kabinet televisyen baharu berharga sekitar RM5,000 sebelum bulan Ramadan bagi menghiasi kediamannya.

Tambahnya, barangan lama akan diberikan kepada ahli keluarga lain atau jiran-jiran selain menjual dengan harga yang lebih murah dan berpatutan.

Ujarnya, penggunaan bara-ngan di kediamannya setakat satu tahun atau dua tahun sahaja, seterusnya dia membuat pilihan untuk membeli barangan baharu setiap kali Aidilfitri.

“Sejak beberapa tahun lalu, saya memang suka menukar konsep hiasan dala-man rumah supaya tidak bosan dengan susun atur yang sama.

“Lagipun, kita meraikan raya hanya setahun sekali, jadi apa salahnya kita menyambutnya dengan lebih meriah,” katanya.

Dalam pada itu, Arba’yah turut menasihatkan supaya menyimpan wang secara bulanan supaya dapat digunakan sewaktu kecemasan.

“Sebenarnya menyimpan duit ini memang perlu berdisiplin, kalau tidak memang tiada wang yang boleh digunakan semasa kecemasan.

“Belajarlah menyimpan walaupun hanya satu peratus daripada gaji bulanan yang kita terima,” ujarnya.

SumberSinarHarian

Samerosie Publish time 11-4-2024 07:10 AM

La ingat mcm ongkaya betul sekalibtukar ratus ribu. Rupanya acik2 porum lagi kaya dr dia. Carpet rega serinunje tu rega marhean jer.

batmana Publish time 11-4-2024 07:22 AM

Belanja puluh ribu tu miskin laa..
Lainla ko belanja 14juta ubah design tu
Ni design cm uma flet pprt je aku tgk

midori888 Publish time 11-4-2024 07:27 AM

perlu ke nak citer kat org psl nie?

gekkou Publish time 11-4-2024 08:14 AM

dia mampu
aku mampu tengok

slyfynx Publish time 11-4-2024 08:25 AM

Motip cerita mende ni?
Sbb "usahawan" a.k.a "founder" timbang kilo.
So kene la tunjuk kaya untuk tarik agent and pembeli bodo b40 yang gedik nk suuport melayu konon.

grouper Publish time 11-4-2024 08:37 AM

Mcm ni pun boleh

green~tea Publish time 11-4-2024 09:38 AM

Menyedih kan la dia ni.. beli barang byk tu terus kasi tips usahawan berjaya

Belibis Publish time 11-4-2024 10:59 AM

Mana citer ponder yang buat baju raya puluh k tahun lepas?? Dengarnya tahun ni tema barbie sambil baca yasin kat kubur.

airfilterkotor Publish time 11-4-2024 02:07 PM

Dia citer saban tahun belanja belas² ribu demi hiasan dalaman (bazir) pada masa sama dia sembang suh orang lain menabung duit.

Amende?

_kelly Publish time 11-4-2024 02:33 PM

memang kena cerita ke benda ni
lepas cerita tu dia rasa apa ek

B40tastePosh Publish time 11-4-2024 02:41 PM

Made in Malaysia ke?

Kalau Made in China lebih baik kau sembang dgn jiran Cina kau je

adm7 Publish time 11-4-2024 02:47 PM

Tak ada masalah kalau memang betul-betul berduit.
Yang jadi masalah bila geng-geng felda, pprt, b40,m40 yang duit tak seberapa pun tapi sibuk nak boros berhabis duit sambut raya lepas tu memekik-mekik bila harga barang keperluan mahal, mintak subsidi, mintak subsidi. Geng-geng macam ni elok pulang ke rahmatullah je. Buat rugi duit kerajaan bagi subsidi :bye:

dani-rox Publish time 11-4-2024 09:52 PM

humble brag psl perbelanjaan, pastu ajar org cara simpan duit. pak yu bish. :lol:

Tinot7 Publish time 12-4-2024 06:12 AM

Baper ramai anak2 dia? 4 pasang baju sorang baru rm1kplus utk semua ahli keluarga.. murmurnya sepasang baju

emera Publish time 12-4-2024 06:34 AM

Lerrr.. gitu je ke?

cmf_premierleag Publish time 12-4-2024 07:01 AM

Hodoh je aku tgk deko umah dia...kaya tp tasteless;P

ChildrenOfBodom Publish time 12-4-2024 12:03 PM

nama bapak dia nk macam butoh

cmf_PariS Publish time 12-4-2024 03:42 PM

taste hauk apa begitu pun masuk news ka.. pls

rosmahisham Publish time 12-4-2024 10:59 PM

Edited by rosmahisham at 12-4-2024 11:04 PM

Kaya ke gitu? Hall pon sempit jahh!patut la boring rmh x bape luas..hall & dining bergabung x de penghadang! Baik ko bsrkn rmh dr tukar perabot!
Pages: [1] 2 3
View full version: Cerita orang kaya:usahawan berbelanja puluhan ribu ringgit hiasi kediaman untuk Syawal kerana bosan


ADVERTISEMENT