maklukpenggoda Publish time 10-4-2024 07:04 PM

4 jam berkepam dalam koc ETS, pihak KTMB mohon maaf

Edited by maklukpenggoda at 10-4-2024 07:47 PM

PETALING JAYA – Suasana malam raya buat penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) bertukar suram apabila tersangkut lebih empat jam gara-gara tren yang mereka naiki mengalami gangguan perjalanan.
Dalam hantaran di aplikasi X @quexieqbal, ia melibatkan sebuah tren dari Kuala Lumpur menuju ke Butterworth, Pulau Pinang.
Menurutnya, gangguan tersebut menyebabkan bekalan elektrik terputus selain perjalanan tren terhenti sebelum Stesen Parit Buntar pada pukul 5.13 petang.
“Panas dan lapar. Nak solat dan pergi tandas, tiada air. Nak caj telefon bimbit tiada elektrik pula. Pukul 7.50 malam baru lampu dibuka semula.
“Kesian kanak-kanak dan warga emas. Masing-masing dah tak tahu nak buat apa dalam gerabak,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, kesemua penumpang kemudian dipindahkan menaiki tren bantuan pada pukul 9.44 malam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.
“Kakitangan KTMB cuba sedaya upaya memberi penerangan dan memohon maaf. Terima kasih walaupun tindakan yang diambil sedikit lambat,” jelasnya.
Sementara itu, KTMB dalam kenyataan berkata, pihaknya memohon maaf kepada semua penumpang terjejas berhubung masalah gangguan perkhidmatan ekoran sistem talian elektrik terputus.
“Gangguan yang berlaku adalah berikutan daripada masalah alat talian elektrik yang terputus di antara Kamunting dan Bukit Merah.
“Penumpang ETS terjejas telah dipindahkan ke set ETS bantuan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi dengan selamat. Sekali lagi, KTMB mohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

green~tea Publish time 11-4-2024 12:48 AM

Edited by green~tea at 11-4-2024 12:51 AM

Kesian kena sidai 4 jam...


Well what do you expect from a JAGUH KAMPUNG company KTMB???


Siallllll...

ladybugz Publish time 11-4-2024 07:18 AM

bab panas n terkedap tu i mmg takleh tahan. pernah dlm plane sblm depart tu tetiba la lama kena sidai dlm tu without aircond n a mean to bukak apa2. panas n terus rasa sesak napas i. anak2 kecil dah bising2. lama jugak duk dlm tu tanpa any explaination.
Pages: [1]
View full version: 4 jam berkepam dalam koc ETS, pihak KTMB mohon maaf


ADVERTISEMENT