sfhzuraz Publish time 10-4-2024 03:27 PM

PGA tempatkan anggota statik, rondaan 24 jam di Sungai Golok

PGA tempatkan anggota statik, rondaan 24 jam di Sungai Golok


Syaherah Mustafa
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm10rayesss_1712732308.jpg
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Sheik Azahar Sheik Omar bersama petugas Pasukan Gerakan Am (PGA) yang mengawal sempadan Malaysia-Thailand melalui pelaksanaan Ops Taring Wawasan sepanjang Aidilfitri. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR



Pasir Mas: Pasukan Gerakan Am (PGA) menempatkan anggota secara statik selain rondaan berkala 24 jam di kawasan Sungai Golok yang cetek bagi menghalang pergerakan keluar masuk secara haram sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Sheik Azahar Sheik Omar, berkata pihaknya mengesan beberapa 'pergerakan' yang cuba melalui sungai cetek untuk merentas sempadan Malaysia-Thailand namun gagal susulan kawalan ketat pihaknya.
Katanya, dua pangkalan yang diberi keutamaan iaitu pangkalan haram Ibrahim Pencen dan MCA, selain turut menggunakan khidmat dron untul mengawal sempadan melalui udara termasuk menerima bantuan dari Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Lebih 300 anggota bertugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand melalui pelaksanaan Ops Taring Wawasan sepanjang Hari Raya kali ini demi mengekang kes jenayah rentas sempadan daripada terus berleluasa
"Tambahan pula, kita mengenal pasti kegiatan licik penyeludup yang 'bekerja' ketika masyarakat sibuk dengan persiapan serta menyambut Hari Raya Aidilfitri. Justeru, kami tidak akan sesekali leka dan terus melancarkan strategi di sempadan.
"Dalam masa sama kita menghargai pengorbanan anggota yang sanggup berjauhan daripada keluarga tersayang pada hari istimewa demi melaksanakan tugas kepada negara," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan biskut Raya kepada petugas di Balai Polis Jeram Perdah, di sini, hari ini.
Sumbangan berkenaan daripada PDRM serta Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai tanda penghargaan kepada pegawai dan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) yang bertugas pada pagi Syawal.
Sheik Azahar berkata, pihaknya berjaya menumpaskan sebanyak 431 kes jenayah rentas sempadan membabitkan tangkapan 373 tangkapan dengan nilai rampasan RM18.5juta bermula Januari sehingga Mac tahun ini.
"Rampasan bukan sahaja membabitkan barangan kontraban malahan juga dadah dan senjata api.
"Kejayaan ini juga adalah hasil kolaborasi PGA bersama penguatkuasa yang lain yang sama-sama berkongsi maklumat sekali gus membantu menumpaskan kegiatan penyeludupan.
"Masyarakat juga diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan yang menyalahi undang-undang kepada pihak kami dalam usaha memastikan keselamatan dan keamanab negara terus terjaga," katanya.


Disiarkan pada: April 10, 2024 @ 2:58pm
PGA tempatkan anggota statik, rondaan 24 jam di Sungai Golok (hmetro.com.my)











Pages: [1]
View full version: PGA tempatkan anggota statik, rondaan 24 jam di Sungai Golok


ADVERTISEMENT