antikorok Publish time 9-4-2024 10:46 PM

Negeri terpaling maju dengan masalah air tercemar serupa dunia ke-3? Pembersihan kesan diesel di muka sauk LRA Cheras selesai malam ini - LUAS


Pembersihan kesan diesel di muka sauk LRA Cheras selesai malam ini - LUAS

Amirul Aiman Hamsuddin
bhnews@bh.com.my
April 9, 2024 @ 9:14pm


https://assets.bharian.com.my/images/articles/pantau_1712668463.jpg
Petugas LUAS memeriksa kualiti air susulan kesan diesel yang ditemui di muka sauk LRA Cheras. - Foto ihsan LUAS

SHAH ALAM: Kerja pembersihan susulan penemuan kesan diesel di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Cheras, Batu 11 mencapai tahap 70 peratus.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, pihaknya menjangkakan kerja itu akan selesai sekitar jam 9 malam ini.


"LUAS di tapak sedang memantau rapi sehingga selesai keseluruhannya dan tiada risiko atau potensi pencemaran," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, pemantauan statik di Sungai Langat sehingga jam 6.30 petang tadi mendapati aliran sungai adalah baik dan tiada bau serta kesan minyak ditemui.


Terdahulu, agensi itu mengesahkan berlaku penemuan kesan minyak diesel di muka sauk LRA terbabit, jam 9.30 pagi.

Siasatan mendapati ia berpunca daripada kawasan perindustrian berdekatan berdasarkan bau sehingga dua ton yang dikesan di pembetung terlibat sebelum memasuki Sungai Langat.

LUAS kemudian melaksanakan tindakan pencegahan dengan meletakkan satu beg activated carbon (AC) dan 12 pad minyak dalam pembetung bagi memerangkap dan menghalang aliran kesan minyak dari mengalir.

Pada masa sama, siasatan lanjut menemukan tapak bekas cucian diesel di hadapan premis kosong di kawasan terlibat, disyaki aktiviti pencucian kenderaan dan pelepasan bahan diesel di pembetung berkenaan.

https://www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2024/04/1233424/pembersihan-kesan-diesel-di-muka-sauk-lra-cheras-selesai-malam-ini-luas

antikorok Publish time 9-4-2024 10:47 PM

Syukurrrr ummah Lembah Klang masih ada ayer huntok mandi dan beraya esok :$

Triple_8 Publish time 9-4-2024 11:01 PM

Ummah Kelate pula sedang buat persiapan raya dengan berak tak basuh sebab air tiada. Pangkah taik dapat la taik. ;P

manopBKK Publish time 9-4-2024 11:36 PM

Serambi donia ke berapa kalau basic necessities pun tak mampu buat?!

sharlenetexas Publish time 9-4-2024 11:51 PM

Comelnya dik faiz.


supernaturalee Publish time 10-4-2024 02:33 AM

sharlenetexas replied at 9-4-2024 11:51 PM
Comelnya dik faiz.

Mmmm blh la buat stok geli2

;P

kotakbaju Publish time 10-4-2024 07:13 AM

sharlenetexas replied at 9-4-2024 11:51 PM
Comelnya dik faiz.

Mementang le comel adik faiz tu, sebesor2 alam ditaruk pic kat atas nu.

kakikuDibibirmu Publish time 10-4-2024 09:59 AM

Macam tu comel? hazabannarnya taste kamurang:dizzy:

Samerosie Publish time 10-4-2024 10:17 AM

La tak perasan pun ada gangguan..Ingat akan bertahun2 cam kelantan kedah tu.

Samerosie Publish time 10-4-2024 10:18 AM

sharlenetexas replied at 9-4-2024 11:51 PM
Comelnya dik faiz.

Afik Faiz comb over.

airfilterkotor Publish time 10-4-2024 12:35 PM

Apple cider vinegar versi copy ori tapi ada jernihnya disitu.
Takleh lawan versi asli kat Lipis tuh. Pekat.

ultra78 Publish time 11-4-2024 09:08 AM

Faiz menghidu bau air sungai

Skuau Publish time 11-4-2024 05:00 PM

kakikuDibibirmu replied at 10-4-2024 09:59 AM
Macam tu comel? hazabannarnya taste kamurang

"sibab itu kita abangla banyak sinang kawen sama u worang"-abangla SUTU:lol:

cm_vungtau Publish time 11-4-2024 05:04 PM

Apa gambo petugas LUAS tu periksa air? Ko pakai hidu aje ke dikkkk… kurang2 tunjuk la mikroskop ke haper. Takat periksa pakai hidung pun tunjuk gambo ke? Aduhai

Ahriman Publish time 11-4-2024 05:54 PM

kakikuDibibirmu replied at 10-4-2024 09:59 AM
Macam tu comel? hazabannarnya taste kamurang

Bagi iols ok la.cuma bambam je sikit.;P

Gingerly Publish time 12-4-2024 11:11 AM

Plan la stay at desa parkcity. Kualiti bekalan air sana paling bersih.

_kelly Publish time 12-4-2024 11:29 AM

ok la diorang rajin check and cuci..kalau tak pakat mandi air kopi macam ummah serambi la pulak

Decaffeinated Publish time 12-4-2024 06:22 PM

Negeri maju duduk dalam negara dunia ketiga begitulah jadinya. Macam juga bandar2 besar dan canggih di Asia yang lain. Bangkok, Jakarta, Manila etc. Kalau (big kalau) Singapore itu masih dalam Malaysia, nasibnya pun mungkin serupa.

Decaffeinated Publish time 12-4-2024 06:24 PM

ultra78 replied at 11-4-2024 09:08 AM
Faiz menghidu bau air sungai

Aku pulak nampak macam lebih kepada merenung air dalam botol ja.

Pages: [1]
View full version: Negeri terpaling maju dengan masalah air tercemar serupa dunia ke-3? Pembersihan kesan diesel di muka sauk LRA Cheras selesai malam ini - LUAS


ADVERTISEMENT