maklukpenggoda Publish time 9-4-2024 10:36 PM

Cahaya Syawal, isu gaji staf tertunggak Kedah Agro selesai

Edited by maklukpenggoda at 9-4-2024 10:37 PM

ALOR SETAR - Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah menyerahkan pembayaran pampasan faedah notis penamatan perkhidmatan pekerja kepada 20 orang bekas pekerja Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zafir Annuar Ghazali berkata, pembayaran pampasan faedah notis penamatan perkhidmatan pekerja adalah berdasarkan kontrak perkhidmatan masing-masing.
Menurutnya, kesemua mereka menerima pampasan antara RM6,000 hingga RM30,000 seorang selepas pengumuman penutupan operasi syarikat itu sebelum ini.
"Saya telah memenuhi janji saya untuk membayar pampasan yang telah dipersetujui sebelum ini.
“Insya-ALLAH, dalam masa dua hingga tiga bulan akan datang, tuan-tuan akan menerima gaji tunggakan seperti yang diminta," katanya pada Ahad.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan cek kepada bekas staf KAHB di Wisma Darul Aman, di sini.
https://www.sinarharian.com.my/article/658757/berita/semasa/bekas-pekerja-kahb-terima-pampasan-rm6000-hingga-rm30000

maklukpenggoda Publish time 9-4-2024 10:38 PM


VeLjnFWkLM4

sukacactus Publish time 9-4-2024 11:08 PM

Alhamdulillah

B40tastePosh Publish time 9-4-2024 11:37 PM

Edited by B40tastePosh at 9-4-2024 11:40 PM

Paling berjaya aku rasa anak syarikat Selangor PKPS..sbb Dr. Mohamad Khairil dan Exco Selangor Ir. Izham Hashim..dua-dua background research and development


Selangor catat 118 tan tuaian pertama jagung bijirin
Bernama
Januari 21, 2024 20:30 MYT
Selangor catat 118 tan tuaian pertama jagung bijirin
Tuaian melibatkan kawasan seluas 16.9 hektar daripada keseluruhan 121 hektar itu adalah bagi fasa pertama dan dijangka hasil tersebut terus meningkat. - Foto BERNAMA
TANJUNG SEPAT: Kerajaan Negeri Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah menuai 118 tan hasil pertama projek jagung bijirin berkualiti tinggi yang dilancarkan negeri itu pada tahun lepas.
Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Izham Hashim berkata tuaian melibatkan kawasan seluas 16.9 hektar daripada keseluruhan 121 hektar itu adalah bagi fasa pertama dan dijangka hasil tersebut terus meningkat.

"Julung kali dalam sejarah Selangor tanam jagung bijirin di tanah gambut dan inilah hasil daripada Pelan Transformasi Agro Selangor dengan kerjasama PKPS, telah meletakkan penanaman ini sebagai agenda penting kerana menjadi bahan utama dalam makanan ayam.

Justeru, untuk tuaian fasa pertama ini sebanyak 118 tan hasil diperoleh dengan kos kira-kira RM970 setiap tan berbanding harga import RM1,200 per tan (tidak termasuk pengangkutan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tuaian Pertama Jagung Bijirin Komersial PKPS di sini pada Ahad yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi.
Beliau berkata Malaysia mengimport kira-kira empat juta tan jagung setahun daripada negara luar, justeru, inisiatif tersebut dilihat mampu mengurangkan kebergantungan kepada import selain memberi impak positif kepada rantaian bekalan makanan seperti menurunkan harga jualan ayam khususnya yang dijual oleh PKPS.
Izham berkata pihaknya menerusi PKPS bercadang untuk memperluaskan tanaman itu dan akan melihat potensi tanah yang ada di sekitar Selangor atau di negeri-negeri lain.
"Tanaman ini mempunyai permintaan tinggi, jagung masih di pokok pun sudah ada permintaan, selain itu, harga jualannya turut tinggi dan boleh memberi keuntungan yang berbaloi," katanya.
Dalam pada itu, Dr Mohamad Khairil berkata pihaknya menjangkakan fasa penanam kedua jagung bijirin tersebut akan bermula pada Mac depan.
"Pelaksanaan projek yang menelan belanja sebanyak RM4 juta ini merangkumi empat fasa utama iaitu fasa pembersihan dan pembinaan infrastruktur, fasa penanaman, penjagaan dan pembesaran pokok serta akhir sekali fasa tuaian dalam tempoh 100 hingga 115 hari bagi setiap kitaran.
"Selain itu, PKPS turut mengalu-alukan kerjasama strategik dengan mana-mana pihak berminat menceburi penanaman jagung bijirin. Kita beriltizam untuk menambah lagi pengeluaran jagung bijirin khususnya di Selangor dan menawarkan kepakaran teknikal sedia ada untuk kerjasama secara komersial," katanya.
Menurutnya, PKPS akan membuka pusat pengumpulan jagung bijirin bagi menempatkan mesin pengeringan dan penguraian selain tempat penyimpanan yang mampu menampung kapasiti kira-kira 200 tan jagung.
Ditanya mengenai Jelajah Jualan Ehsan Rahmah (JER) 2024, beliau berkata pihaknya menyasarkan nilai jualan pada tahun ini sebanyak RM60 juta termasuk subsidi RM10 juta yang ditawarkan kerajaan negeri.
-- BERNAMA

manopBKK Publish time 10-4-2024 11:46 AM

Tak hairan. Melayu cuma tengok Melayu dan Islam. Pandai atau tidak memerintah letak belakang.

Samerosie Publish time 11-4-2024 08:36 AM

Kelakar juga bayar pampasan dulu tapi gaji tertunggak kira later.Tapi tak pelah at least terubat hati ada duit sikit belanja raya.
Pages: [1]
View full version: Cahaya Syawal, isu gaji staf tertunggak Kedah Agro selesai


ADVERTISEMENT