CARI-HBZ Publish time 9-4-2024 05:13 PM

Nadia ‘All Out’ Sambut Raya, Baju 20 Pasang

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/09/171232ylaahh94a5fzoz45.png





SELAGI menggalas status janda, selagi itulah pelakon jelita Nadia Brian akan terus dihambat persoalan berkaitan jodoh terutama ketika sambutan Syawal.


Tidak berkecil hati mahu pun ‘berkudis’ dengan soalan sedemikian, pemilik nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi mengakui sudah cukup bahagia dikelilingi keluarga tercinta.


Kata Nadia, momen berhimpun dengan keluarga pada hari raya adalah suasana ditunggu-tunggu lantaran kesibukan masing-masing, selain jarak yang memisahkan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/09/171308rc4r0a445gsr2s4c.png



“Raya tahun ini, saya masih lagi solo tetapi tidak mengapa, keluarga sudah cukup buat Syawal saya sempurna. Nikmat apa lagi yang kita nak dustakan.


“Walaupun saya balik raya di Sepang sahaja tetapi itulah momen yang dinantikan apabila dapat berkumpul beramai-ramai dengan adik-beradik.
“Saya memang bercuti dua minggu untuk beraya berhabis-habisan dengan keluarga sebelum kembali beraksi melakukan tugas hakiki sebagai pelakon,” jelasnya.


Aidilfitri setahun sekali, pelakon kelahiran Kangar, Perlis itu juga enggan berkira dalam berbelanja, sebaliknya berhabis-habisan demi meraikan hari raya serba sempurna.


Kita sudah berjuang sebulan dalam bulan Ramadan, tibanya Syawal, saya memang akan ‘all out’, baik dari segi persiapan mahu pun sambutan.


“Semuanya harus diraikan dengan meriah bagi menyambut hari kemenangan kita melawan hawa nafsu, selain menahan lapar dan dahaga.


“Tahun ini seperti sebelumnya, saya memang akan bersiap dengan busana mega bahkan kami akan bermekap cantik sebelum sesi bersalam-salaman, kita pula lawa macam mana pula,” selorohnya.


20 pasang baju raya


Mahu kemeriahan sepanjang cuti raya sama dirasai seperti raya pertama, pelakon bermata bundar itu menyediakan 20 pasang busana khas untuk menghadiri rumah terbuka mahupun melawat sanak-saudara terdekat.


“Orang kata elok bersederhana, bagi saya bulan puasa bolehlah tetapi tidak Syawal, ini adalah hari kemenangan bagi umat Islam, kenalah bersungguh-sungguh meraikannya.


“Sejujurnya baju raya saya ada hampir 20 pasang, memang setiap kali raya begitu, saya mahu semua gambar saya sepanjang bulan Syawal kelihatan cantik, kita orang perempuan, kenalah lawa!.


“Tiada istilah membazir sebab baju tersebut akan dipakai untuk deretan jemputan rumah terbuka dan melawat sanak-saudara,” katanya.


Seperkara lagi, Nadia tidak akan melepaskan peluang untuk bermesra dan bermanja dengan anak-anak saudaranya dengan melakukan pelbagai aktiviti pada malam raya.


“Malam raya memang saya suka buat aktiviti dengan anak buah, bergambar, buat biskut raya, main bunga api dan sebagainya, kita cipta momen manis dengan keluarga tercinta.


“Keluarga saya memang tahu setiap kali raya mereka kena bersedia melayan karenah saya untuk bergambar, bukan untuk orang lain, kenangan bersama juga.


“Kalau mereka bagi kerjasama, bertambahlah duit raya masing-masing,” ujarnya berseloroh.


Paling utama nasihat pelakon drama Lelaki Itu, setiap momen indah perlu diabadikan dalam bentuk video mahupun gambar supaya menjadi memori utuh ‘harta’ meniti hari tua kelak.


Sumber – HIGBLAM

Momohizan Publish time 9-4-2024 05:55 PM

Dia ni mangsa terlebih filler ke? Muka lain

cmf_premierleag Publish time 9-4-2024 06:14 PM

Asal muka sheols mcm pondan???

beatgirlX Publish time 9-4-2024 06:42 PM

Aku selai pun x de lg ni.. Adoii

siasia Publish time 9-4-2024 08:56 PM

Iyoolahh... Berjuang sungguh dia..

bedahmenjuyah Publish time 9-4-2024 09:05 PM

Pakai la baju seratus pasangpun, masalahnya ko tak lawa dek non.

Pak.dolla Publish time 9-4-2024 09:15 PM

hahahahaha...
komen dlm ni semua kelakar...

anony-mous Publish time 11-4-2024 11:30 AM

Xde yg puji sheol ke? Xpe la i tlg puji. Ok la 20psg sbb bdn sheol ada shape. Rupa bapok tu xboleh buat apa dah tp i rasa better muka xsiap she dari nadia sorang lg yg kahwin dgn ben ali kot

MistrezHermanaz Publish time 11-4-2024 10:44 PM

Tgk baju raya pertama dia dh la.. Apooo mcm berkemban.. Apa la rupa yg lagi 19 tu.. Kata 20 pasang semua sekali kn

ina_na Publish time 13-4-2024 01:15 AM

MistrezHermanaz replied at 11-4-2024 10:44 PM
Tgk baju raya pertama dia dh la.. Apooo mcm berkemban.. Apa la rupa yg lagi 19 tu.. Kata 20 pasang s ...

Share la gambo baju raya pertama dia...mls nk godek2

Joysparta Publish time 13-4-2024 02:10 AM

Lain mcm muka.

Cucuk2 ke? Muka cam bapok. Sowi, terjujur;P

3chanceno Publish time 13-4-2024 02:09 PM

Kalo keluar cite dia nie mesti pasal status J dia:shakehead3:dah sedia maklum ngah cari pengganti, tapi tak yah canang benda sama setiap kali keluar muka kat paper:sweat3:

monsterwife Publish time 13-4-2024 07:10 PM

Dia yg nak sangat status J
Maklumlah nak laki yg kaya-raya

Sunkiss8999 Publish time 13-4-2024 11:58 PM

Dia takde gigi atas ke? Jenis cakap atau ketawa tak nampak gigi langsung..

MadameOnion Publish time 15-4-2024 03:18 AM

Jantan bethol muka sheols ye

felinecat Publish time 15-4-2024 09:42 AM

Ape yg jelita

cantthinkofany Publish time 15-4-2024 02:18 PM

you are trying too hard....just go with the flow...for sure boleh beli jiwa netizen...

DeLuna85 Publish time 16-4-2024 01:18 AM

Cantik je la dia ni.

limesherbet Publish time 16-4-2024 10:39 AM

Edited by limesherbet at 16-4-2024 10:41 AM

Eh dia ni lawa giler la in person...i penah nampak depan dia 1 meter 7-8 tahun sudah....masetu kat flora cafe ampang yg skarang tak wujud dah. I duduk kat meja..dia kat meja sebelah kawan² tgh dambut besday. Muka jenis pandang tak jemu.....body mmg letups kechil ramping ye rasa xxxxs

Tapi gambar skarang ni mcm dah tua ye muka...penuaan ketara
Pages: [1]
View full version: Nadia ‘All Out’ Sambut Raya, Baju 20 Pasang


ADVERTISEMENT