CARI-HBZ Publish time 9-4-2024 04:59 PM

Anak ‘Bocor Rahsia’ Bapa Ada Pistol

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/09/165943hacolee9zam4mc8e.png



AMPANG – Seorang lelaki ditahan di sebuah rumah di Persiaran Saujana Ampang, Ampang Saujana di sini, bagi membantu siasatan polis berhubung kes memiliki objek menyerupai pistol serta ugutan jenayah pada kelmarin.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pada mulanya isteri lelaki tersebut menghubungi pihak polis bagi memohon bantuan berkenaan suaminya.


“Suami wanita itu mengetuk pintu rumah dan menjerit dengan kuat supaya membuka pintu kira-kira pukul 1 pagi kelmarin. Bagaimanapun, dia enggan buka kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga.


“Ini kerana suami pengadu mengamuk ekoran wanita tersebut tidak memberikan wang untuk membeli dadah.


“Semasa menunggu polis, anak memaklumkan bahawa pernah nampak ada sepucuk objek menyerupai pistol (pistol angin) warna hitam berada di bawah bahagian meja solek,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohd. Azam berkata, berikutan itu, suspek tersebut direman tujuh hari sehingga 14 April ini, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun keseksaan dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960.


“Seksyen 506 Kanun Keseksaan merujuk kepada kesalahan membuat ugutan jenayah, manakala Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 merujuk kepada kesalahan memiliki dan mengimport senjata tiruan


“Seksyen 506 Kanun Keseksaan hendaklah diseksa dengan penjara boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya,” katanya.


Ujarnya, Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 pula hendaklah dikenakan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau dengan denda tidak melebihi RM5,000 lima atau kedua-duanya sekali.


Sumber – KOSMO! ONLINE

BoongaKertas Publish time 15-4-2024 07:37 AM

boleh tak kalau taik2 dadah ni kita lupuskan jer or hntr kat brg kitar semula? menyusahkan manusia yg lainnya. nauzubillah!

kakakpositifker Publish time 17-4-2024 08:49 AM

senang eh dapat pistol ni. makin banyak pula kes pistol2 ni. risau hati ni

Decaffeinated Publish time 17-4-2024 08:52 AM

Dapat tak pistol tu?
Pages: [1]
View full version: Anak ‘Bocor Rahsia’ Bapa Ada Pistol


ADVERTISEMENT