sfhzuraz Publish time 9-4-2024 02:51 PM

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang adakan Majlis Sambutan Aidilfitri di Temerloh

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang adakan Majlis Sambutan Aidilfitri di Temerloh


Oleh Asrol Awang - April 9, 2024 @ 2:08pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhjamuansul_1712642978.jpg



KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri di Temerloh pada 1 Syawal.
Menurut poster yang dikongsi di laman Facebook Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), baginda berdua akan mula menerima tetamu bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Orang ramai yang ingin menghadiri majlis itu dinasihatkan berpakaian baju Melayu bersampin, batik atau berpakaian sopan bagi lelaki, manakala wanita pula berbaju kurung, kebaya labuh atau berpakaian sopan.
Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini antara 9.30 pagi dan 4 petang pada 2 Syawal.
Wan Rosdy yang memuat naik video di laman Facebook beliau menjemput orang ramai di seluruh Pahang menghadiri majlis rumah terbuka itu.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang adakan Majlis Sambutan Aidilfitri di Temerloh (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang adakan Majlis Sambutan Aidilfitri di Temerloh


ADVERTISEMENT