sfhzuraz Publish time 9-4-2024 02:24 PM

10 kanak-kanak dapat basikal, subuh berjemaah sepanjang Ramadan

10 kanak-kanak dapat basikal, subuh berjemaah sepanjang Ramadan

OlehHAZELEN LIANA KAMARUDIN

09 April 2024 01:37pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/09/2609472.jpg
Masjid As Solihin Mukim Bechah Semak di Pasir Mas menghadiahkan basikal kepada 10 orang kanak-kanak yang berjaya menunaikan solat subuh berjemaah sepanjang Ramadan ini.



PASIR MAS - Masjid As Solihin Mukim Bechah Semak di sini menghadiahkan basikal kepada 10 orang kanak-kanak yang berjaya menunaikan solat subuh berjemaah sepanjang Ramadan ini.
Pengerusinya, Mohd Zahrin Saleh berkata, selain itu kesemua mereka turut menerima anugerah tokoh subuh.


"Mereka terdiri daripada tiga perempuan dan tujuh lelaki yang berumur tujuh hingga 12 tahun.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/09/2609471.jpg
Salah seorang tokoh subuh menerima hadiah sebuah basikal.



"Tokoh subuh ini dipilih berdasarkan komitmen dan konsisten kanak-kanak ini hadir bersolat subuh berjemaah bermula awal sehingga akhir Ramadan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, manakala 17 kanak-kanak lain menerima hadiah saguhati.
Ujarnya, harapan mereka ialah semoga anak-anak kecil ini terus istiqamah memenuhi saf solat berjemaah di masjid setiap hari walaupun di bulan-bulan lain.
Mohd Zahrin melahirkan rasa bersyukur atas kesungguhan mereka yang hadir solat berjemaah subuh sepanjang Ramadan.





https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/09/2609470.jpg
17 kanak-kanak yang menerima hadiah saguhati.



"Kami doakan semoga mereka menjadi anak-anak yang berakhlak mulia suatu hari nanti," katanya.
10 kanak-kanak dapat basikal, subuh berjemaah sepanjang Ramadan - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: 10 kanak-kanak dapat basikal, subuh berjemaah sepanjang Ramadan


ADVERTISEMENT