mattzzx Publish time 9-4-2024 01:04 PM

Hujan turun dengan lebat selepas penduduk solat istisqa’

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-09-at-12.09.56-PM.jpeg
Hujan lebat di Kampung Pesagi, Chenor selepas penduduk menunaikan solat sunat istisqa' semalam.

PETALING JAYA – Hujan lebat sebaik sahaja penduduk Kampung Pesagi, Chenor di daerah Maran, Pahang selesai menunaikan solat sunat istisqa’ di sini semalam.

Video keadaan hujan lebat itu dikongsikan oleh Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menerusi TikTok semalam.

“Subhanallah, solat sunat istisqa’ diimamkan oleh tuan kadi daerah Maran sebentar tadi dan selesai sahaja solat, hujan pun turun dengan lebatnya di sekitar Kampung Pesagi.

“Alhamdulillah Allahuakbar, semoga ia menamatkan kemarau di tempat kita ini,” katanya pada video tersebut.

Dalam pada itu, orang ramai mengucapkan syukur apabila doa penduduk dimakbulkan oleh Allah dengan hujan lebat tersebut.

“Alhamdulillah ada insan-insan yang makbul doa dalam jemaah solat tersebut,” komen pengguna TikTok.

“Bila kita meminta dengan Allah, tiada yang mustahil. Terus Allah angkat doa dan hajat umat-Nya yang meminta pertolongan,” kata seorang lagi pengguna.

“Allhamdulillah, Allah sentiasa mendengar. Kadang rasa nak menangis bila dengar doa orang baik-baik diangkat Allah. Moga doa kita untuk saudara di sana yang teruk diseksa turut diangkat Allah,” kata seorang lagi pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/09/video-hujan-turun-dengan-lebat-selepas-penduduk-solat-istisqa/
Pages: [1]
View full version: Hujan turun dengan lebat selepas penduduk solat istisqa’


ADVERTISEMENT