mattzzx Publish time 9-4-2024 12:24 PM

Ibu tunggal tebalkan muka mengemis demi anak

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm09sunny_1712635094.jpg
Datuk Seri Sunny Ung hadir meluangkan masa bertanya khabar membantu lebih 100 asnaf, gelandangan dan pengemis di sekitar perkarangan Padang Merdeka di sini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Seorang ibu tunggal sanggup menebalkan muka mengemis di perkarangan Padang Merdeka di sini sambil memangku bayi lelakinya yang baru berusia dua bulan.

Siti Mas Wani Mustapha, 36, baru lima bulan bercerai berkata, dia terdesak untuk mengemis bagi menyediakan keperluan bayinya termasuk membayar bilik sewa yang tertunggak.

"Saya baru datang beberapa kali sahaja namun tidak banyak diperoleh cukuplah untuk kelangsungan hidup.

"Keadaan sangat mendesak lebih-lebih lagi anak saya perlukan lampin pakai buang serta susu.


"Saya datang ke sini (Padang Merdeka) dengan e-hailing pada waktu petang dan akan pulang menjelang tengah malam ke bilik sewa di Kampung Banggol," katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Siti Mas Wani berkata, dia mempunyai tiga lagi anak dan berada di bawah jagaan ibunya manakala dia serta bayi lelakinya menetap berasingan disebabkan masalah keluarga.

Dia adalah penerima menerima bantuan zakat serta beras dari ahli perniagaan, Datuk Seri Sunny Ung, yang meluangkan masa bertanya khabar.

Sunny berkata, pemberian zakat kepada asnaf serta gelandangan menjelang Aidilfitri itu sudah dilakukannya sejak lebih 10 tahun lalu dan majoriti pengemis di kawasan itu sudah mengenalinya.

"Saya berbesar hati dapat membantu lebih 100 asnaf, gelandangan dan pengemis sekitar Padang Merdeka di sini dan berharap sedikit sebanyak beban kewangan mereka menjadi ringan dengan bantuan yang tidak seberapa ini," katanya.

Bagi Fatin Amira Zulkifli, 29, pula, sudah dua hari dia berada di sekitar lokasi itu bersama dua anaknya yang berusia lima dan 10 tahun bagi meminta sedekah untuk membeli kelengkapan raya.

Dia yang kematian suami sejak dua tahun lalu berkata, tidak mempunyai pilihan lain memandangkan kehidupan daif dan bergantung kepada ibunya sebagai penoreh getah.

"Saya bukan datang semata-mata untuk mengemis tapi hanya untuk mendapatkan wang membeli baju raya anak sahaja dan esok (hari ini) kami akan balik ke Lubok Jong (Pasir Mas) untuk buat persiapan raya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1078688/ibu-tunggal-tebalkan-muka-mengemis-demi-anak
Pages: [1]
View full version: Ibu tunggal tebalkan muka mengemis demi anak


ADVERTISEMENT