mattzzx Publish time 9-4-2024 12:14 PM

Aksi Piala Sumbangsih 10 Mei depan

https://assets.bharian.com.my/images/articles/piala9424_1712635162.jpg
Johor Darul Ta’zim memenangi perlawanan Piala Sumbangsih musim lalu selepas menundukkan Terengganu FC 2-0 di Iskandar Puteri. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim baharu akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan naib juara Selangor FC pada 10 Mei.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan memaklumkan perlawanan pembuka tirai itu, bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah, akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor dan disusuli dengan saingan Liga Super 2024-2025 pada hari berikutnya.

Pemenang perlawanan itu dalam masa sama akan meraih tiga mata, yang turut dikira dalam kedudukan carta Liga Super musim baharu.

MFL dalam pada itu mengumumkan jadual perlawanan minggu pertama hingga minggu ke-13 membabitkan perlawanan 13 kelab yang akan bertanding dalam Liga Super 2024-2025 menerusi satu pautan di laman sesawang rasminya.


"Bagaimanapun sekiranya badan bebas, First Instance Body memutuskan hanya 12 kelab sahaja yang layak bertanding dalam Liga Super musim ini, MFL akan mengemas kini semula kalendar dan jadual pertandingan yang lengkap untuk semusim," menurut kenyataan itu.

MFL dalam masa sama menjelaskan penyediaan kalendar Liga-M musim baharu mengambil kira pelbagai aspek, antaranya kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membabitkan latihan pasukan kebangsaan (kelayakan Piala Dunia 2026), Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Pertandingan Piala FA pula akan berlangsung dari 13 Jun hingga aksi final pada 24 Ogos. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1233209/aksi-piala-sumbangsih-10-mei-depan
Pages: [1]
View full version: Aksi Piala Sumbangsih 10 Mei depan


ADVERTISEMENT