sfhzuraz Publish time 9-4-2024 10:14 AM

Lemang Panas Mat Keronco​ng dijual 6,000 batang

Lemang Panas Mat Keronco​ng dijual 6,000 batang

OlehNORAWAZNI YUSOF

09 April 2024 07:40am







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/09/2609040.jpg
Fauzi menjual empat jenis lemang di gerainya.



KUANTAN - Seorang peniaga lemang dilimpahi rezeki berganda susulan meraih jualan hampir 6,000 batang menjelang Aidilfitri.
Fauzi Abdul Rahman, 56, lemangnya yang dikenali sebagai 'Lemang Panas Mat Keroncong' sudah menjadi seakan fenomena apabila gerai jualannya diserbu pelanggan pelbagai negeri pada setiap tahun.


Menurutnya, bagi memenuhi permintaan pelanggan, makanan tradisi yang membangkitkan suasana raya itu dibakar seawal jam 6.30 pagi di sebuah gerai kecil miliknya yang terletak di tepi Jalan Sungai Lembing berdekatan Kampung Padang di sini.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/09/2609039.jpg
Bekalan buluh lemang diperoleh di tiga daerah di Pahang.



"Lemang Panas Mat Keroncong memang banyak permintaan, tapi saya hanya hadkan setakat 5,000 batang sahaja untuk tempahan manakala 1,000 batang lagi bagi pelanggan yang datang sendiri ke gerai.


"Boleh dikatakan setiap tahun, macam inilah gaya (permintaan) diterima berbaki dua tiga hari lagi sebelum raya.
"Ada (pelanggan) yang minta tambah jualan, tapi bagi saya, rasanya jumlah itu sudah memadai," katanya yang tidak menang tangan melayan pelanggan ketika ditemui di gerainya pada Isnin.
Bapa kepada dua anak itu memaklumkan pada hari-hari biasa, jualan sehingga 300 batang lemang sehari, habis terjual.



Namun, ujarnya, peningkatan jualan itu bertambah dari sehari ke sehari sehingga menjelang Aidilfitri, sekali gus memberi pulangan berganda buatnya.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/09/2609041.jpg
Fauzi memasukkan daun pisang hutan ke dalam buluh.



"Kalau dulu kita jual lemang sekitar RM10 hingga RM14 mengikut saiz tapi tahun ini berlaku peningkatan harga sebanyak RM2 disebabkan harga beras pulut meningkat.
"Bagi lemang bersaiz kecil, kita jual sekitar RM12 manakala yang bersaiz sederhana pula RM14 dan besar sekitar RM16," kongsinya lagi.
Fauzi yang sudah 20 tahun berkecimpung dalam perniagaan ini berkata, empat jenis 'Lemang Panas Mat Keroncong' yang dijual antaranya lemang daun tebu, daun lerek, daun lebak dan daun pisang hutan.
Kongsi suami kepada Faridah Mat Adam, 50, lemang tebu dan daun lerek mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.
"Lemang tebu pelanggan suka kerana rasanya lemak manis. Batang pada daun tebu menjadi serasi dengan pulut ketika dibakar membangkitkan aroma, selain menambah kesedapan lemang terbabit.
"Bagi lemang daun lerek pula, mudah untuk ditarik apabila hendak makan dan tidak perlu membelahnya terlebih dahulu," jelas yang menetap di Kampung Padang di sini.
Menjawab mengenai bekalan buluh, Fauzi menjelaskan buluh diperolehi daripada individu di beberapa daerah di negeri ini.
Menurutnya, bagi daun leret, daun lebak dan pisang hutan diambil di Perkampungan Orang Asli Sungai Emas di sini.
"Buluh kita ambil daripada pembekal di Sungai Lembing, Muadzam Shah, Rompin dan Jerantut. Mereka ini sudah biasa membekalkan kita buluh setiap kali Ramadan dan Syawal," katanya yang memiliki enam pekerja.
Selain lemang, makanan sampingan lain seperti rendang, serunding dan biskut turut dijual kepada orang ramai.
Lemang Panas Mat Keronco​ng dijual 6,000 batang - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Lemang Panas Mat Keronco​ng dijual 6,000 batang


ADVERTISEMENT