mattzzx Publish time 9-4-2024 10:10 AM

Salah tidak bertaraf dunia - Ince

https://assets.bharian.com.my/images/articles/salah9424a_1712623200.jpg
Bekas pemain Liverpool, Paul Ince tidak menganggap Mohamed Salah sebagai seorang pemain bola sepak bertaraf dunia tetapi sebaliknya sebagai penjaring gol bertaraf dunia. – Foto AFP

LONDON: Bekas bintang Liverpool, Paul Ince mendakwa Mohamed Salah bukan seorang pemain bertaraf dunia.

Ince mengakui Salah, yang meledak 23 gol dalam semua pertandingan musim ini, adalah seorang penjaring gol bertaraf dunia.

Bagaimanapun Ince menegaskan Salah tidak boleh dianggap sebagai bertaraf dunia berikutan permainannya secara keseluruhan.

Bercakap kepada talkSPORT, Ince, yang beraksi bersama Liverpool antara 1997 dan 1999 berkata: "Adakah dia seorang penjaring gol bertaraf dunia? Ya.


"Saya fikir rekodnya membuktikan segala-galanya. Adakah dia seorang pemain bertaraf dunia, secara teknikal? Saya tidak bersetuju.

"Tetapi setakat pemain bertaraf dunia yang menjaringkan gol dan merealisasikan sesuatu, saya fikir ya."

Sejak menyertai Liverpool pada 2017, Salah sudah menjaringkan 209 gol dalam 340 penampilan.

Hanya Ian Rush, Roger Hunt, Gordon Hodgson dan Billy Liddell menjaringkan lebih banyak gol buat The Reds berbanding Salah dalam sejarah kelab itu.

Bersama Liverpool setakat ini, Salah sudah menang Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan dua Piala Liga.

Kontrak semasa pemain berusia 31 tahun itu di Anfield akan berakhir pada musim panas 2025. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1233160/salah-tidak-bertaraf-dunia-ince
Pages: [1]
View full version: Salah tidak bertaraf dunia - Ince


ADVERTISEMENT