mattzzx Publish time 9-4-2024 10:09 AM

Jerebu di Banting dan Klang

https://assets.bharian.com.my/images/articles/MATAHARI_JEREBU_jeberus_1712627813.jpg
KEPALA BATAS 01 OKTOBER 2023. Matahari dapat dilihat jelas dalam keadaan sfera dengan pandangan mata kasar akibat cuaca berjerebu ketika tinjauan di Setia Fontaines Bandar Bertam di sini. Sejumlah 353 titik panas dikesan di Kalimantan dan 113 lagi di Sumatera, Indonesia, yang dijangka mengakibatkan jerebu di beberapa negara selatan ASEAN. NSTP/DANIAL SAAD

KUALA LUMPUR: Dua kawasan di Selangor merekodkan paras tidak sihat dalam bacaan indeks pencemaran udara (IPU), setakat 9 pagi hari ini.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kualiti udara di Klang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat hari ini iaitu 139, manakala bacaan IPU di Banting ialah pada paras 163.

Sementara itu, tiga kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan udara sihat iaitu Paka dan Kemaman di Terengganu serta Kota Tinggi di Johor.

Kawasan lain di semenanjung menunjukkan bacaan kualiti udara sederhana antara 51 hingga 100.


Di Sabah dan Sarawak, hanya empat kawasan menunjukkan bacaan kualiti udara sederhana, antara 55 hingga 58.

Bacaan IPU sehingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas berbahaya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1233178/jerebu-di-banting-dan-klang
Pages: [1]
View full version: Jerebu di Banting dan Klang


ADVERTISEMENT