mattzzx Publish time 9-4-2024 10:07 AM

PAIP sedia 44 pam berdepan kemarau

https://assets.bharian.com.my/images/articles/sungai_golok2_1712626834.jpg
Paras air sungai menyusut kerana kemarau. - Foto BH

KUANTAN: Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menyediakan 44 pam bernilai RM8.5 juta untuk memastikan Loji Rawatan Air (LRA) terus beroperasi ketika penurunan paras sumber air mentah, berikutan musim kemarau ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari, berkata penyediaan pam itu diharap membantu bagi pelaksanaan Pelan Kesiapsiagaan dan Operasi Tunggu Sedia PAIP yang bermula sejak Januari lalu.

Katanya, antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk kerja pencucian muka sauk di 20 tempat dengan kos RM350,000 bagi memastikan bekalan sumber air mentah tidak terjejas berikutan musim kemarau dan bekalan air terawat yang dihasilkan tidak berbau.

"Selain itu, penyelenggaraan peralatan mekanikal seperti baik pulih pam dan penyediaan pam dengan kos RM1 juta," katanya.


Susulan musim kemarau, Saiful Zaini berkata, penggunaan air mestilah secara berhemah.

Katanya, sekiranya berlaku gangguan bekalan air, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (Pulapel) melalui talian 09-5739999 yang akan beroperasi selama 16 jam bermula 7 pagi hingga 11 malam setiap hari.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/04/1233174/paip-sedia-44-pam-berdepan-kemarau
Pages: [1]
View full version: PAIP sedia 44 pam berdepan kemarau


ADVERTISEMENT