mattzzx Publish time 9-4-2024 08:27 AM

TNB sedia 88 generator bantuan di Kelantan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM040249tnb_1712619651.jpg
SET janakuasa bergerak (genset) TNB. FOTO Facebook TNB

Kota Bharu: Bagi menghadapi gangguan bekalan elektrik kepada pengguna atau bekalan tidak cukup, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyediakan sebanyak 88 set generator bantuan di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr Izani Husin berkata, TNB juga bersedia dengan tambahan tenaga kerja dari luar Kelantan iaitu sebanyak lebih 100 pasukan bagi membantu sebarang kemungkinan gangguan bekalan elektrik kepada rakyat negeri ini.

Katanya, ini berikutan penggunaan elektrik dijangka akan meningkat dengan mendadak pada musim perayaan ini susulan kepulangan perantau.

"Kemungkinan besar dijangka akan berlaku sedikit gangguan bekalan di kawasan yang bervoltan rendah.


"Saya mengambil maklum bahawa TNB juga bersedia dengan pasukan baik pulih yang bersiap siaga untuk on call sepanjang sambutan Aidilfitri," katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya di sini, malam tadi.

Terdahulu, ramai penduduk di beberapa kawasan di Kelantan merungut selepas bekalan elektrik terganggu disebabkan elektrik yang tidak mencukupi sejak beberapa hari lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1078641/tnb-sedia-88-generator-bantuan-di-kelantan
Pages: [1]
View full version: TNB sedia 88 generator bantuan di Kelantan


ADVERTISEMENT