mattzzx Publish time 9-4-2024 08:11 AM

Ronaldo dilayangkan kad merah

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-SAUDI-ALH-ANA_REPORT_1712618256.jpg
RONALDO dilayangkan kad merah kerana menyiku lawan. -FOTO Reuters

Riyadh: Kapten Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dilayangkan kad merah pada lewat perlawanan ketika pasukannya tewas 1-2 kepada seteru utama Al-Hilal dalam aksi separuh akhir Piala Super Saudi di Abu Dhabi semalam.

Penjaring rekod Portugal dilayangkan kad merah empat minit sebelum tamat kerana menyiku lawan apabila pasukannya ketinggalan 0-2 sebelum mereka menjaringkan gol saguhati.

Pemain Al-Hilal, Jorge Jesus membuka tirai jaringan pada minit ke-62 apabila Salem Al-Dawsari membuat hantaran bola ke sudut kanan selepas satu serangan pantas yang dilakukan Sergej Milinkovic-Savic."

Penyerang Brazil, Malcolm menggandakan kedudukan pada minit ke-72 menerusi tandukan selepas hantaran silang Michael dari sebelah kanan.


Bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane menghadiahkan gol saguhati buat Al-Nassr.

Al-Hilal akan mencari kejuaraan keempat pada perlawanan akhir Khamis ini menentang pasukan Karim Benzema, Al-Ittihad yang menewaskan Al-Wehda 2-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir semalam.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1078637/ronaldo-dilayangkan-kad-merah
Pages: [1]
View full version: Ronaldo dilayangkan kad merah


ADVERTISEMENT