maklukpenggoda Publish time 8-4-2024 09:07 PM

Tesla bakal promosikan cybertruck di Malaysia

Tesla Malaysia kini berkongsi menyatakan Tesla Cybertruck akan dipertontonkan kepada umum tidak lama lagi – mungkin sekitar bulan Mei kelak.


Tesla Cybertruck sebelum ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2019 lepas, dan hanya mula ditawarkan kepada pembeli bermula November 2023 lepas.


Ia hadir dengan beberapa teknologi terkini, dan dipasarkan sebagai mempunyai ketahanan yang baik melaluinya.


Tesla mengatakan melalui binaan dan ketahanannya, ia menawarkan sebuah lori pikap yang lebih baik berbanding pengeluar lain, selain binaan yang tahan peluru.


Bercakap mengenai jualannya, Tesla Malaysia menyatakan buat masa ini Tesla Cybertruck hanya dijual di Amerika Utara sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah Tesla Cybertruck ini akan ditawarkan kepada pengguna global.


Namun, pengguna yang berminat, boleh melihatnya dengan lebih dekat di Malaysia tidak lama lagi melalui aktiviti promosi yang bakal diadakan oleh Tesla.


https://amanz.my/2024448750/

cmf_premierleag Publish time 8-4-2024 09:36 PM

Baru je baca yg cybertruck ni x dijual kt msia pong
Sbb takde right hand drive, pastu berat dia 5000kg ke amende tah aku baca td..tp sapo nk drive blk ke rumah kene ada lesen E ke mcm tu la..bukan lesen keter beshe2 tu
And ada lg sebab kenapa x dijual kt msia..tp akak x ingat..mamposlah x ingat pun kan..bukan akak nk sit for exam pun;P

kasibiman Publish time 8-4-2024 09:40 PM

Aku tengok YouTube boot dia takde sensor.

Letak carrot kat tepi boot dia akan terus tutup sampai patah carrot tu.

(Now imagine carrot tu jari anak kau)

Simunggu Publish time 9-4-2024 11:12 AM

malaysia baru nak masuk EV?

negara maju dah nak pupus EV sbb teknology yg tak reliable, charging pun lambat & susah...tak lama kereta EV jadi besi buruk...

teknology terbaru adalah kereta hydrogen...

kakikuDibibirmu Publish time 9-4-2024 11:14 AM

Abang Tesla tersenyum sinis {:1_555:}{:1_563:}{:1_530:};P:lol::D:2lol:{:mllaugh:}{:mlhehe:}{:mlwa:}{:mlwa2:}{:mlhunhun:}{:mlbigsmile:}{:mlkekeke:}{:laugho{:smileo{:8_650:}

sonic-bertaik Publish time 9-4-2024 11:19 AM

Simunggu replied at 9-4-2024 11:12 AM
malaysia baru nak masuk EV?

negara maju dah nak pupus EV sbb teknology yg tak reliable, charging pu ...

Baru keluor gua niah ke ngok?!!!!

ultra78 Publish time 9-4-2024 12:48 PM

Memang mampuslah kalau kereta kena himpit dengan cybertruck ni...:lol:

alesandra Publish time 9-4-2024 01:27 PM

cmf_premierleag replied at 8-4-2024 09:36 PM
Baru je baca yg cybertruck ni x dijual kt msia pong
Sbb takde right hand drive, pastu berat dia 5000 ...

tak paham...kenapa pulak xde right hand drive jadi isu pulak? kete conti,US mmg azalinyaxde right hand drive

Dwdrum Publish time 9-4-2024 02:14 PM

Cybertruck ini lebih besar dari toyota hilux and ford ranger... Tidak sesuai untuk malaysia alleyway

black_handbag Publish time 9-4-2024 02:31 PM

wah lawa ye truck ni.. macam keta2 angkasa lepas yang kita biasa lukis masa zaman sekolah dulu. bila cikgu pendidikan seni bagi tajuk "Malaysia 2020" akan ada la kereta pesen begini dilukis..:lol:

tak sangka malaysia 2024 pun tak kemana lagi. dok makan jem hari2 :lol:

Nfir Publish time 9-4-2024 03:18 PM

black_handbag replied at 9-4-2024 02:31 PM
wah lawa ye truck ni.. macam keta2 angkasa lepas yang kita biasa lukis masa zaman sekolah dulu. bila ...

Ini adalah Malaysia 2024:

1) Driver bodoh yang memandu dengan merbahaya.

2) Pemimpin politik bodoh yang mengajak Melayu - Cina bergaduh.

3) Pengguna lebuh raya bodoh pergi buang sampah dan air kencing tepi jalan - sejenis pengotor nak mampus.

4) Bella Astillah - Aliff Aziz dengan cerita perkahwinan yang bodoh selama bertahun-tahun.

5) Muaz dan Ruhainies dengan affair yang bodoh - pergi bantai bercinta dengan laki orang dan bini orang yang bodoh.

6) Hafiz Mahamad dengan content bodoh separa berbogel depan Kaabah.

7) Aliff Syukri dengan lagu Raya bodoh untuk kesejuta kalinya.

8) Science dan Maths mendapat performance corot dalam ujian antarabangsa PISA - boleh kata masuk kelas belakang.

9) Reading performance dalam PISA pun hauk - what do you expect bila otak asyik hadam benda bodoh?

10) Cikgu Add Maths menyundal dengan budak Form 4 - imagine bila Cikgu Add Maths pun bodoh!

Am I too pessimist?

Atau, adakah ini realiti Malaysia pada 2024? 30 tahun selepas dilancarkan Wawasan 2020.

kasibiman Publish time 9-4-2024 03:46 PM

Nfir replied at 9-4-2024 03:18 PM
Ini adalah Malaysia 2024:

1) Driver bodoh yang memandu dengan merbahaya.


Terima kasih la pencerahan alif tak pernah cukup tu kes lain dgn sondolan ruhainies Dan juga mengesahkan alif bodo bukan alif tak pernah cukup.

Org tua mcm wak kasi kadang2 bila nak kene catch up tu blur ya amat.

cmf_premierleag Publish time 9-4-2024 05:49 PM

alesandra replied at 9-4-2024 01:27 PM
tak paham...kenapa pulak xde right hand drive jadi isu pulak? kete conti,US mmg azalinyaxde rig ...

Entah le dik..ko pi la tanya elon musk sana tu.aku cuma baca je artikel tu;P dlm artikel tu ada mention ngapa takde hand drive bagai..tp cam beseleah..aku dah lupa apa aku baca ;P

manjalara_01 Publish time 9-4-2024 08:40 PM

POFfk5l-wHo?si=-XO8nDlxfu69nVhV

Nurdianah Publish time 10-4-2024 02:20 AM

Buroks

antikorok Publish time 10-4-2024 03:49 PM

Edited by antikorok at 10-4-2024 03:50 PM

https://www.instagram.com/p/C5RC67aN9Zu/

Kereta terpaling canggih tapi safety features hauk namampos? Even kereta Kia Carnival Kpoop pun ada sensor jari takkan terkepit pun kat trunk ittew :$





Firenzza Publish time 10-4-2024 05:08 PM

Hodohnya
Pages: [1]
View full version: Tesla bakal promosikan cybertruck di Malaysia


ADVERTISEMENT