mattzzx Publish time 8-4-2024 03:42 PM

Garrido tak panik tewas dua aksi pemanas badan

https://assets.bharian.com.my/images/articles/435151411_1126779158395319_5513323634481640707_n_1712557052.jpg
Aksi pemain negara ketika menentang Qatar di Doha. - Foto ihsan FAM

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi pemanas badan di Doha apabila tewas tipis 0-1 kepada Qatar, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Juan Torres Garrido tewas dengan jaringan tunggal diledak Ahmad Al-Rawi hasil sepakan penalti pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Harimau Malaya B-23 yang tewas 1-2 kepada China dalam aksi pemanas badan di Doha, Khamis lalu akan mengharungi aksi sebenar Piala Asia B-23 yang bakal bermula dari 15 April hingga 3 Mei depan.

Berbaki kira-kira seminggu sebelum Piala Asia, Garrido tampak tidak panik meskipun pasukanya tewas dalam aksi persahabatan dengan China dan Qatar.


Malah, pengendali dari Sepanyol itu menyifatkan dua aksi persahabatan di Doha memberikan ujian terbaik buat pasukan sebelum menghadapi kejohanan sebenar.

"Dua aksi ini adalah ujian terbaik, ia memberikan senario yang pasukan bakal hadapi (di Piala Asia B-23) termasuk dari segi permainan berintensiti tinggi dan pasukan lawan yang kuat.

"Jadi, ia pengalaman yang baik buat pasukan dan kami masih ada masa seminggu untuk memperkemaskan pasukan serta bekerja bersama.

"Kami tahu apa yang kami perlu tingkatkan dan kami tahu apa kekuatan kami. Kami kena gunakan sebaik mungkin masa yang ada sebelum kejohanan bermula," katanya.

Bagi kempen Piala Asia B-23 di Qatar, skuad Harimau Malaya B-23 yang diundi dalam Kumpulan D akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam (20 April) dan Kuwait (23 April).
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1232946/garrido-tak-panik-tewas-dua-aksi-pemanas-badan
Pages: [1]
View full version: Garrido tak panik tewas dua aksi pemanas badan


ADVERTISEMENT