mattzzx Publish time 8-4-2024 03:34 PM

Aiman alami kecederaan, terpaksa direhatkan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sesilatihan_1712556130.jpg
SESI latihan skuad Harimau Muda di Doha. -FOTO FAM

Kuala Lumpur: Khabar duka hadir dari bumi Doha apabila tonggak tengah skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Aiman Afif disahkan mengalami kecederaan selepas aksi persahabatan dengan Qatar, awal pagi tadi.

Situasi terkini dari kem negara itu didedahkan pengendali skuad B-23, Juan Torres Garrido yang mengakui sedikit sedih dengan keadaan semasa tonggak berpengalaman itu.

Aiman Afif yang memiliki wajah mirip pelakon popular drama berjudul Budak Tebing, Aedy Ashraf adalah pemain utama skuad Harimau Muda negara itu.

"Sedikit malang apabila Aiman Afif mengalami kecederaan dan kami perlu periksa untuk melihat tahap kecederaannya dan ada beberapa pemain lain juga yang sedang dalam proses pemulihan dari kecederaan ringan," kata Garrido selepas aksi dengan Qatar itu.


Pada aksi pemanas badan kedua di Doha itu, Malaysia tewas tipis 0-1 menerusi sepakan penalti Ahmed Husham di hujung babak pertama.

Sebelum itu, skuad negara tumbang 1-2 kepada China yang turut meraih kemenangan hasil dua sepakan penalti.

Sementara itu, Garrido akui pertemuan dengan Qatar itu memberi 1000 manfaat buat anak buahnya terutama dalam mengadaptasi senario sebenar apabila berdepan lawan yang pantas dan agresif.

"Kami sedikit bergelut pada babak pertama untuk mencari gol penyamaan kerana kelajuan aksi yang ditunjukkan pihak lawan.

"Bagaimanapun kami berjaya mengawal permainan pada babak kedua dengan pasukan berjaya mengadaptasi dengan baik.

"Secara keseluruhan saya rasa aksi ini sangat penting sebagai sebahagian daripada persiapan," kata Garrido yang berasal dari Sepanyol.

Skuad negara yang diletakkan dalam Kumpulan D dijadual membuka kempen Piala Asia B-23 dengan menentang Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Khalifa, Rabu depan.

Selang tiga hari kemudian, Vietnam menunggu dalam aksi kedua dan Kuwait pada perlawanan ketiga sebelum dua pasukan terbaik mara ke suku akhir.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad Harimau Muda di saingan itu adalah pada 2018 lalu apabila skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee waktu itu mara ke suku akhir sebelum tewas 1-2 di tangan Korea Selatan.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1078430/aiman-alami-kecederaan-terpaksa-direhatkan
Pages: [1]
View full version: Aiman alami kecederaan, terpaksa direhatkan


ADVERTISEMENT