mattzzx Publish time 8-4-2024 03:32 PM

Pahang Rangers perkemas pasukan menjelang saingan bulan depan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pahang_rangers_08_1712554775.jpg
PEMAIN Pahang Rangers (dari kiri) Hamdin Zarif Mahmun, Murilo Saad dan Felipe de Souza. -FOTO Mohd Rafi Mamat

Kuantan: Tempoh rehat yang panjang saingan Liga Futsal Perdana Kebangsaan Malaysia (MPFL) memberi peluang kepada jurulatih Pahang Rangers FC, Gerard Casas membaiki setiap kelemahan yang pada pasukan Pantai Timur itu.

Selain sesi latihan setiap hari, dalam memastikan prestasi dan tumpuan pemain tidak terjejas siri perlawanan persahabatan turut diadakan.

Menurut Casas, walaupun liga berehat panjang namun prestasi pasukan Pahang Rangers tidak banyak berubah, cuma mungkin berlaku sedikit hilang tumpuan pada kejohanan berikutan rehat terlalu panjang.

Katanya, perkara itu tidak terlalu membimbangkan kerana kebangkitan pemain akan berlaku apabila saingan bermula, sebagai pemain profesional mereka pasti bangkit pada perlawanan pertama nanti.


"Tempoh rehat yang panjang memberi peluang kepada saya untuk memastikan kelemahan pemain yang mudah hilang tumpuan apabila mendahului lawan tidak terus berulang.

"Beberapa perlawanan sebelum ini menyaksikan pemain mudah hilang tumpuan apabila Pahang Rangers di hadapan, peluang itu digunakan sepenuhnya lawan untuk menghasilkan jaringan dan merapatkan kedudukan," katanya, di sini semalam.

Beliau berkata, semua pemain Pahang Rangers kini bebas daripada kecederaan, kelibat awang import, Murilo Saad dan Felipe de Souza kini berada prestasi terbaik.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1078416/pahang-rangers-perkemas-pasukan-menjelang-saingan-bulan-depan
Pages: [1]
View full version: Pahang Rangers perkemas pasukan menjelang saingan bulan depan


ADVERTISEMENT