mattzzx Publish time 8-4-2024 03:20 PM

Pengasas Vern mohon maaf, belajar lebih sensitif

Edited by mattzzx at 8-4-2024 03:31 PM

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-08-at-14.05.23-1-e1712556899928.jpeg
Ng Chuan Hoo ketika ditemui pemberita selepas berjumpa dengan pegawai Jakim di Kompleks Islam Putrajaya di Putrajaya hari ini. - Foto oleh AMREE AHMAD

PUTRAJAYA- Pengasas Vern’s Holding Sdn. Bhd. hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam ekoran isu kalimah Allah di tapak kasut wanita milik jenamanya.

Ng Chuan Hoo ketika ditemui berkata, membuat permohonan maaf itu ekoran disifatkan telah menyakitkan dan tidak menggembirakan masyarakat Islam.

“Saya juga mengucapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana layanan baik serta banyak memberikan tunjuk ajar.

“Langkah berikutnya pula, saya sedia bekerjasama termasuk membantu siasatan pihak polis dan memberikan jaminan akan lebih sensitif serta berhati-hati selepas ini,” katanya hari ini.

Terdahulu, beliau hadir seorang diri ke Blok A, Kompleks Islam Putrajaya kira-kira pukul 11 pagi tadi berjumpa beberapa pegawai.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... jar-lebih-sensitif/
Pages: [1]
View full version: Pengasas Vern mohon maaf, belajar lebih sensitif


ADVERTISEMENT