mattzzx Publish time 8-4-2024 01:36 PM

Lemang ‘racing’, tak perlu orang jaga api

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-08-at-12.14.41-1-2048x1638.jpeg
Mesin pusing lemang automatik yang dicipta.

PETALING JAYA – Lemang antara juadah utama ketika Aidilfitri malah proses membakarnya juga mengambil masa yang lama bagi mendapatkan lemang yang dimasak sempurna.

Tular di laman TikTok @ramadhan_alias, video sekumpulan lelaki membuat inovasi mesin memusingkan lemang secara automatik menggunakan beberapa barangan sedia ada seperti bekas tin, besi panjang, set rantai motosikal dan sproket.

Menerusi perkongsian video tersebut, mereka membina rangka mesin bersaiz lebih kurang tiga meter menggunakan bar besi ringan, bekas tin sebagai tempat meletak buluh lemang, dan rantai berserta sproket bersaiz 15 untuk mengerakkan bekas tin yang berfungsi untuk membalikkan lemang.

Dengan menggunakan kapsyen ‘lemang racing’ dan tanda pagar #mekaniktiktok #lemang #lemang #lemangraya #bakar lemang, video itu telah meraih 582.3 ribu jumlah tontonan, 20.2 ribu tanda suka, dan 2237 perkongsian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna teruja dengan ciptaan inovasi lelaki tersebut yang kreatif dalam memudahkan proses membakar lemang.

“Satu ciptaan kreatif yang memudahkan kerja orang yang nak membakar lemang nanti, tinggal nak jaga api saja ni,” komen Sarah.

“Tiada kerja lah bahagian lap pusing dan balik-balikkan lemang buluh tu lepas ni,” ujar Semangko.

“Idea yang baik bang, nanti boleh cuba dekat rumah, barang semua dah ada ni. Senyum lebar tukang lemang nanti,” seloroh Nizam. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04/08/video-lemang-racing-tak-perlu-orang-jaga-api/
Pages: [1]
View full version: Lemang ‘racing’, tak perlu orang jaga api


ADVERTISEMENT