CARI-HBZ Publish time 8-4-2024 12:16 PM

‘Saya Tak Pernah Terfikir Untuk Ada Apa-Apa Hubungan Dengan Isteri Orang ‘ – Muaz Zabir

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/08/121504hs1cp1a5iffq2qii.png





Pelakon dan pengacara Muaz Zabir mengakui kekhilafannya berhubung isu viral yang membabitkan dirinya dengan aktres Bella Astillah, baru-baru ini.


Menerusi temu bual bersama Melodi, Muaz berkata, cerita tersebut memberi tekanan kepadanya dan juga Bella sendiri.


"Hal ini sebenarnya sudah selesai pada tahun lepas. Kami telah mendapat kata sepakat daripada keluarga Bella dan Aliff Aziz untuk ‘move on’ daripada apa yang terjadi ini. Pada awalnya, Muaz menjadi pendengar keluhan Bella Astillah. Saya diberitahu bahawa Bella ingin membuat Aliff cemburu.


"Sebagai rakan, saya ingin membantu Bella. Saya tidak berniat nak rosakkan rumah tangga orang. Ini salah saya. Keluarga Bella tak salah dan mereka tidak tahu. Lebih baik, saya berdiam diri. Saya tak berniat nak masuk campur. Saya kasihan dengan Bella mengenai apa yang terjadi.


"Cerita ini sangat memberi tekanan kepada saya dan juga kepada Bella sendiri. Saya tidak dapat menghalang persepsi masyarakat, itu adalah hak mereka atas kekhilafan saya. Saya belajar dari kesilapan dan tak akan lari. Saya mohon maaf kepada keluarga saya dan Bella. Doakan saya menjadi lebih baik."


https://www.instagram.com/p/Cv65O2RvQCW/


Terdahulu, Bella menjelaskan hubungan yang terjalin di antara mereka hanya sekadar rekaan untuk membuatkan suaminya iaitu Aliff Aziz berasa cemburu.


Walau bagaimanapun, Bella mendedahkan kejadian tersebut diketahui oleh kedua belah keluarga dan sudah diselesaikan dengan cara baik bersama Aliff.


Sumber: Melodi/OhBulan

lea_kdo Publish time 8-4-2024 12:19 PM

sekelip mata je netizen makcik bwg memaafkan...

padahal siap kiss bini org tu.. bercuti sama2.. skrg auto jd hero pulak..

sumber : telegram

Kancilkering Publish time 8-4-2024 12:24 PM

alip ajis versi malaysia….womanizer tul….

noor2 Publish time 8-4-2024 12:27 PM

Bak kata org siap ada video kiss tu...tujuan ko berdua rakam untuk buat si Singaporkrean tu jeles la ya...

Kesian AA dia suci...dgn ruhaines langsung x de bukti rakaman apa pun walaupun bermlm 8 kali ko tahu...tu menunjukkan depa mmg x buat apa2...depa suci baik..

Ok...ayat serius akustart bawah ni:

Sebagai lelaki bujang, perempuan bujang, bini org ke atau laki org...jgn la sapa2 ada hubungan dgn bini org atau laki org...tu mmg satu kesalahan...walaupun apa pun alasan....mmg celaka...x elok...

beatgirlX Publish time 8-4-2024 12:34 PM

Bella..Bellaaa....
Habis terlondeh AA kantoikan..
Ko x nak lantoikan pulak ke belah sana??
Spill the tea gula lebih laa....

mojarean_X Publish time 8-4-2024 12:38 PM

Akhir zaman sgt. Kt opis iols ni kwn iols ckp laki orang ajak bini org main. Yg lelaki bujang nmpk straight merit ajak pula lelaki lain main. Sian iols jd tempat luahan rahsia2 org ni. Iols pun dh hilang harapan pd akhlak2 masyarakat skrg

tidak_kelihatan Publish time 8-4-2024 12:48 PM

lea_kdo replied at 8-4-2024 12:19 PM
sekelip mata je netizen makcik bwg memaafkan...

padahal siap kiss bini org tu.. bercuti sama2.. skr ...

perempuan menyondol laki org....bitch
lelaki menyondol bini org...hero kiriman sorga/penyelamat isteri teraniaya



netijen logic;P

lanacondor Publish time 8-4-2024 12:50 PM

lea_kdo replied at 8-4-2024 12:19 PM
sekelip mata je netizen makcik bwg memaafkan...

padahal siap kiss bini org tu.. bercuti sama2.. skr ...

Mn gmb kissnya..bkn posing rapat2 je ke... Tepek la sini

_kelly Publish time 8-4-2024 01:10 PM

gitu tak terfikir..gamba love bite kiss pipi semua ada tu tak sempat fikir la kot ekk

msdummy.2018 Publish time 8-4-2024 01:49 PM

Entah apa dia nmpk kat mamat nih..x semenggah betul

sukanyanyi Publish time 8-4-2024 01:56 PM

tidak_kelihatan replied at 8-4-2024 12:48 PM
perempuan menyondol laki org....bitch
lelaki menyondol bini org...hero kiriman sorga/penyelamat is ...

tgk jgk mende ni smlm kat melodik. yg takleh blahnya pengacara gantian (jenna) last skali ckp boleh dijadikan contoh or something, sbb cara mamat ni cakap tersusun. mmgla perfect sgt jawapan dia..tp untuk dijadikan contoh? tak faham.. contoh pandai bg jawapan "betul" lepas buat salah ke?

tidak_kelihatan Publish time 8-4-2024 01:58 PM

sukanyanyi replied at 8-4-2024 01:56 PM
tgk jgk mende ni smlm kat melodik. yg takleh blahnya pengacara gantian (jenna) last skali ckp bole ...

contoh pala hangguk dia....cubaan menormalisasi la tu...mcm haram:huffy

sukanyanyi Publish time 8-4-2024 02:01 PM

on the other hand, tahniah melodik tak lari drpd meng-iv org yg sebahagian drpd team dorang sendiri (mbuzz). sbb iols mmg ade bunyik takde ke org nak iv dia ni. tp tula, cam senang je lepas. kalo penyondol pempuan, berbulan kena. satu sbb lipjis lagi byk buat salah. satu lg sebab affair ini konon2 aje, bukan betul2. so...takpela muaz, nasib ko baik kali ni. papepon dah agak dah, mana la dia tol2 nak kat bells.

dewi_rina Publish time 8-4-2024 02:15 PM

eleleh yeke ni muaz

riding me,, malu oi kalau mak ko baca.. pastu kang ada gf confirm org ingat yg ada scandal dgn si bella {:shyo

sukanyanyi Publish time 8-4-2024 02:35 PM

tidak_kelihatan replied at 8-4-2024 01:58 PM
contoh pala hangguk dia....cubaan menormalisasi la tu...mcm haram

uols tgk gak ke? betol kan dia sebut 'contoh' kan.. pastu jenna gurau kalo betul skandal ok gak, helok.. hahaha.. part ni iols mmg anggap sheols gurau la, takde hidden meaning, adeh.. nanti jd lg kes kalo skandal tu helok takpe :lol: walopun iols stuju ada yg kata heols iras alepsukri, tp hopkos la versi yg lebih helok n muda.

bulanbulat Publish time 8-4-2024 02:56 PM

X ada niat
Yang 'exercise' dan 'dah hilang' tu apa?

kakasotong2 Publish time 8-4-2024 03:02 PM

Dah bincang2 dengan nabelah dulu ke ni keluar statement? Play safe sangat nampak gaya statement tu. Nabelah ajar la tu bagi ayat :lol:

Sebab apa meols cakap macamni? Sebab ss text2 diorang yg tersebar sekarang ni menggambarkan sebalik nya. Xnampak acah2 berlakon pun nak menjeleskan alep. Nampak real betul macam betul2 in love. Cium pipi bergesel-gesel bergambar, kalah scene drama akasia samarinda zaman sekarang.

chandrahusin Publish time 8-4-2024 03:10 PM

bila Bella nak tunjuk bukti rakaman GPS dlm kereta plk?
cepat la sikit

rbmy Publish time 8-4-2024 03:10 PM

kakasotong2 replied at 8-4-2024 03:02 PM
Dah bincang2 dengan nabelah dulu ke ni keluar statement? Play safe sangat nampak gaya statement tu....

takpe lovebit pun dah ilang..esok buat lagi

Hoola Publish time 8-4-2024 03:14 PM

tarnish done
jgn bermain api dgn bini org/laki org/sugarbaby org
ehhhhh
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: ‘Saya Tak Pernah Terfikir Untuk Ada Apa-Apa Hubungan Dengan Isteri Orang ‘ – Muaz Zabir


ADVERTISEMENT