mattzzx Publish time 8-4-2024 12:11 PM

'Beli barangan raya awal, elak bersesak di pasar'

https://assets.bharian.com.my/images/articles/BELII_1712548203.jpg
Orang ramai mendapatkan barang keperluan bagi persediaan menyambut Aidilfitri di Pasar Besar Kuantan.NSTP / Asrol Awang

KUANTAN: Tidak mahu menunggu saat akhir, orang ramai mula membeli barang keperluan lebih awal sebagai persediaan menyambut Aidilfitri yang dijangka Rabu ini.

Tinjauan di Pasar Besar Kuantan, di sini, hari ini, mendapati ayam, daging lembu tempatan, kelapa biji dan santan menjadi tumpuan orang ramai yang mendapatkan bekalan itu.

Bagi suri rumah, Nurhidayah Abdul Rahman, 41, dari Indera Mahkota, di sini, kebiasaannya dia membeli barang keperluan untuk menyambut Aidilfitri pada setiap 29 Ramadan iaitu pada tarikh melihat anak bulan.

"Bagaimanapun kali ini, saya datang ke Pasar Besar Kuantan dua hari awal untuk memastikan barang keperluan itu ada.


"Selain itu saya tidak mahu berebut-rebut terutama mendapatkan ayam dan daging yang menjadi tumpuan.

"Alhamdulillah, segala barang keperluan ada di pasar ini termasuk santan dan rempah ratus yang diperlukan untuk juadah raya terutama rendang ," katanya.

Mohd Sayuti Mohamad Fadhil, 45, pula berasa lega kerana segala barang keperluan diinginkan di Pasar Besar Kuantan itu diperoleh dengan mudah tanpa perlu bersesak-sesak.

"Saya tiada masalah mendapatkan barang keperluan terutama ayam dan daging lembu, malah hari ini, bekalan ayam masih banyak untuk pengguna," katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati peniaga di pasar berkenaan mematuhi harga ditetapkan mengikut Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang dikuatkuasakan bermula 5 hingga 19 April ini.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/04/1232873/beli-barangan-raya-awal-elak-bersesak-di-pasar
Pages: [1]
View full version: 'Beli barangan raya awal, elak bersesak di pasar'


ADVERTISEMENT