Neelofa Kongsi Bilal Sudah Pandai Baca Surah Lazim Pada Usia 3 Tahun – ‘Paling Terkejut, Dia Ingat Ayat Awal Dalam Yasin’
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/08/120151dc6otz110opf6636.pngSelebriti popular, Noor Neelofa berkongsi perkembangan anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal yang sudah pandai membaca beberapa surah lazim yang terkandung dalam al-Quran.
Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata dia dan suami Haris Ismail tidak pernah mengajar mahupun memaksa anaknya itu membaca al-Quran.
Namun menganggap itu sebagai satu kelebihan dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
"Alhamdulillah. Sebenarnya saya anggap itu adalah rezeki dari Allah, Bilal memang minat dengan bacaan Quran."
"Saya dan suami tidak pernah suruh atau paksa untuk baca. Memang dari kecil, kalau ada sesiapa yang baca Quran dalam rumah, Bilal akan datang dekat dan dengar.
"Budak kecil kan senang ingat dan ikut, antara surah yang di ingat beberapa surah lazim pada juzuk 30. Antara surah yang dia suka ulang, wal asr dan banyak lagi."
Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Raya Astro 2024 yang diadakan di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Neelofa mendedahkan dia dan Haris berasa terkejut apabila Bilal juga sudah boleh mengingati ayat awal dalam surah Yasin.
"Yang paling saya dan suami paling terkejut baru-baru ini dia ingat beberapa ayat awal dalam surah Yasin."
https://www.instagram.com/p/C29wrJ-xouC/
Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Januari lalu.
Sumber : OhBulan Sembanggg di Bulan Ramadhan
{:gif_deepika:} Hebat nya Bilal... Alhamdulilah yela..nnt 5 tahun dah juzuk 1 quran.
12 tahun dah masuk al azhar.:lol: dia tak pernah belanja video borak dgn bilal kan? ke ada?
teringin jgk nak dgr butir2 percakapan bilal Alhamdulillah.. share la video.. acik teringin nak tengok kepetahan bilal:$ cicicumel replied at 8-4-2024 12:08 PM
Hebat nya Bilal... Alhamdulilah
kalau anak org lain misti you terus komen minta bukti kn
Ingatkan bilie dah khatam quran wow wow wow mohon jeni penjilat jah komen sepatah kata.nk dgr komen jeni yg batak like/buktijah sembang canang je tp tk da bukti misti jeni lembam percaya je
benda normal je tu lofa oiii..budak 3 tahun sekarang pergi playschool bukan setakat surah lazim je dah hafal solat pun dah pandai..bacaan dalam solat semua hafal..benda normal je untuk budak2 zaman sekarang Terpaling sgt. {:gif_deepika:} Biley umur 10 tabun esok dah pandai bagi khutbah jemaat. Saya nak suami sangat teruja. Sejuk perut saya mengandungkan Biley Anak no2 dah tayang ke belum? Mesti comel sebut pelat2 budak kan?
Nk tengok bidiooooooo Sesungguhnya aku berpuasa Dah tu nak pindah erab bila..ke sembang kari..so kalau xde bukti video bilie ngaji aku anggap yang nie pon sembang kari..
{:gif_rolleye:} Sape yg ckp bilal 3y eh bukan ke sebaya ank syamel ngan erni.. 2y baru kn Sembang terpaling codenamedream replied at 8-4-2024 12:07 PM
Sembanggg di Bulan Ramadhan
Heeeiiiii......kamu dengar ini. Suara Bilal
ji8lL46uKAU?si=kkOvPsT6Qy6XpAzu
Mak bilal triggered :lol:
https://www.instagram.com/p/C5c3l8HrdK2/