mattzzx Publish time 8-4-2024 11:47 AM

Rodri 'Mr Reliable' sedia halang Real Madrid

https://assets.bharian.com.my/images/articles/rodri8424_1712547041.jpg
Pemain tengah Manchester City, Rodri bersaing dengan pemain Crystal Palace, Adam Wharton (kiri) pada aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park, London kelmarin. – Foto AFP

MANCHESTER, England: Jika Real Madrid mahu membalas dendam ke atas Manchester City pada suku akhir Liga Juara-Juara, mereka perlu menamatkan rekod mengagumkan Rodri dengan 64 perlawanan tanpa kalah buat kelab dan negaranya.

Pemain berusia 27 tahun itu kali terakhir mengalami kekalahan apabila Sepanyol tumpas aksi kelayaka Euro 2024 di tangan Scotland pada 28 Mac 2023.

Sejak itu dia menjaringkan gol kemenangan pada final Liga Juara-Juara, membantu City menjuarai Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab, selain mengemudi negaranya mengungguli Liga Negara-Negara.

Acap kali disanjung sebagai pemain tengah terbaik di dunia oleh bos City, Pep Guardiola, dia pemain yang berharga buat mana-mana pasukan sekalipun jika mereka mempunyai pemain bertaraf dunia.


Juara Inggeris itu berjaya menangani ketiadaan Erling Haaland dan Kevin De Bruyne musim ini kerana kecederaan.

Bagaimanapun, dalam semua empat kekalahan City bagi semua pertandingan musim ini, Rodri terlepas aksi kerana penggantungan perlawanan.

Begitu juga, kekalahan tunggal Sepanyol sejak berdepan Scotland di Hampden Park setahun lalu pada aksi persahabatan menentang Colombia bulan lalu apabila dia sekadar memanaskan bangku pemain simpanan selama 90 minit.

Rodri turut mempunyai memori indah di Bernabeu selepas menjaringkan dua gol dua minggu lalu ketika Sepanyol seri 3-3 dengan Brazil.

"Rodri adalah yang terbaik," kata Guardiola selepas pemain tengah bertahan itu meledak gol kelapannya musim ini menentang Aston Villa minggu lalu.

"Di posisinya, dia adalah yang terbaik jadi dia boleh melakukan segala-galanya. Kualitinya, dia membaca permainan, mentalitinya, dia sering kali bersedia.

"Dia terlalu bagus dalam banyak perkara. Ketrampilan, fizikal, dia seorang yang lengkap." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1232860/rodri-mr-reliable-sedia-halang-real-madrid
Pages: [1]
View full version: Rodri 'Mr Reliable' sedia halang Real Madrid


ADVERTISEMENT