mattzzx Publish time 8-4-2024 11:15 AM

Logo kasut mirip kalimah Allah: Jangan sebar kandungan provokatif

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-08-at-09.43.59.jpeg
Rekaan kasut tumit tinggi yang didakwa tertera kalimah Allah pada bahagian tapaknya.

CYBERJAYA- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat di media sosial melibatkan logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

MCMC dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.

Katanya, ia termasuk membuat hantaran atau meninggalkan komen melampaui batas yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

“Semua pihak perlu memberikan ruang kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan ini.

“Orang ramai dingatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R, sebaliknya perlu laporkan kepada MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my dan PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya tadi.

Terdahulu,pihak berkuasa merampas sejumlah kasut yang menggunakan logo menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut wanita dalam serbuan di Johor Bahru.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pemantauan dilakukan susulan tular di media sosial berkenaan dakwaan penggunaan logo dikatakan mirip kalimah Allah pada tapak kasut jenama tempatan.

Susulan itu, pengurusan Vern’s Holding Sdn. Bhd. memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya yang pada pandangan mereka disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/08/logo-kasut-mirip-kalimah-allah-jangan-sebar-kandungan-provokatif/
Pages: [1]
View full version: Logo kasut mirip kalimah Allah: Jangan sebar kandungan provokatif


ADVERTISEMENT