ultra78 Publish time 8-4-2024 10:17 AM

Honda dan Waja bertarung di atas lebuh raya. Salah satu terbabas melanggar penghadang jalan

Edited by ultra78 at 9-4-2024 12:37 AM

Apabila hilang pertimbangan di atas lebuh raya


Rakaman dari rear dashcam menunjukkan berlaku perlanggaran hinga menyebabkan kereta waja terbabas

Tular pagi tadi rakaman rear dashcam dua buah kereta yang 'bertarung' di atas sebuah lebuh raya akibat rasa tidak puas hati antara satu sama lain.

Difahamkan sebuah kereta Waja masuk ke lorong memotongkerana cuba memotong sebuah treler tanpa mengambil kira ada sebuah kereta honda yang sudah memecut laju dari belakang di lorong memotong. Kereta honda tersebut kemudiannya masuk ke lorong kiri dan cuba memotong balik kereta waja tersebut.

Entah kenapa pemandu waja itu rasa tersentap dan kemudian cuba memotong balik honda tersebut. Perkara ini berlaku beberapa kali hinggalah kereta waja itu sengaja menghimpit hingga melanggar kereta honda tersebut. Kedua-dua kereta berbalas 'serangan' sehingga waja terbabas melanggar penghadang jalan

https://twitter.com/mynewshub/status/1777092315351527539

Lokasi kejadian tidak diketahui tetapi waktu di dashcam menunjukkan ia berlaku pada hari Ahad lepas (7/4/2024 10:52 AM).

Kejadian ini tidak akan berlaku jika salah satu pihak mengalah.

Antara komen netizen.

Atas jalan raya ni satu je kena terapkan dalam otak, rendahkan ego. Kalau semua jenis sibuk nak ikut kepala sendiri memang banyak lah kemalangan
Nampak macam dua2 salah, tapi kalau ikutkan, yes betul Waja mungkin baru nak masuk lane last minute tapi dia nak elak sebab ada lori, and Honda Civic driver patutnya slow down bagi chance..

..tapi Honda driver punya marah lepas dia potong tu, nampak dia slowdown sama level dgn Waja mcm marah2, mcm threaten nak langgar, nak rapat2..sampai lah betul2 dia langgar.

..so Honda Civic driver ultimately salah.
salah Waja sebab dia masuk time City tu laju. tapi brader City tu takde rational thinking la awak tu kereta baru. ye tahu marah tapi janganla sampai main bumper car dengan Waja 20 tahun lepas. Waja tu pun satu, ego tak setara dompet????????????

hujung-hujung both tak raya????????????


----------------------------------------------------------------

Sumber berita rasmi

iuqUQHz4zPs

Video tular: Aksi himpit dua kereta berakhir kemalangan

KUALA LUMPUR: Pemandu dan penumpang sebuah kereta jenis Proton Waja cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

Kejadian berlaku sebaik kereta terbabit dihimpit sebuah Honda City dengan rakaman video kejadian itu turut tular di media sosial.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar mengesahkan kejadian itu dengan ketika kejadian Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju Kedah.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi membabitkan dua kenderaan dengan sebuah lagi iaitu Honda City dari Temerloh menuju Shah Alam.


Tangkap layar video tular mengenai aksi dua di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang berakhir kemalangan.

"Setibanya di lokasi kejadian, Honda City dipercayai menghimpit dan menekan brek sehingga menyebabkan pemandu Proton Waja gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas.

"Akibat kejadian, pemandu dan penumpang Proton Waja berusia antara 30-an hingga 50-an cedera pada kepala dan tangan," katanya di sini hari ini.

Mohd Nasri berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular di media sosial kemalangan membabitkan dua kenderaan itu, dengan video berdurasi satu minit 41 saat itu memaparkan kejadian bermula apabila Proton Waja dipercayai menukar lorong dari kiri ke sebelah kanan.

Honda City dari arah belakang dipandu seorang lelaki dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan itu kemudiannya mengekori rapat sebelum berlaku kejadian himpit-menghimpit antara dua kenderaan itu.

Akibat daripada itu, Proton Waja hilang kawalan sebelum terbabas.


Pemandu dan penumpang Proton Waja cedera setelah kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik selepas dihimpit sebuah Honda City di Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini, semalam.







Rakaman dari angle belakang


https://twitter.com/BN4everTN5O/status/1777254365734322378



kakikuDibibirmu Publish time 8-4-2024 10:29 AM

Terbabas tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa:$:rf:{:mlshy:}{:shyo

https://i.ibb.co/rv503Ss/baba-s-logo-4980-FC955-E-seeklogo-com-copy-1024x819.png

Samerosie Publish time 8-4-2024 10:34 AM

at least honda tu berenti dari terus pecut lari.Yg si waja tu pehal...let it go je lah.tak memasal raya dalam spital.

Cyempaka Publish time 8-4-2024 10:42 AM

Puas hati je tgk :lol:
Waja tu kuang aja. Masuk rapat gila smp honda brek mengejut. Dah salah lagi tunjuk samseng nak berlumba. Dia yg langgar honda dulu. Honda langgar balik terus mencirit masuk longkang. Cash. Hidup jangan kacau org.

nw111 Publish time 8-4-2024 10:43 AM

Ok pulis...tolong angkut 2 ekor ni sekali..bior raya kat lokap tahun ni

mayakaren Publish time 8-4-2024 10:45 AM

Macam Waja yang probok

Thunderclouds Publish time 8-4-2024 10:50 AM

Sbb tu jgn bg babi pegang stereng.
Haiwan mana ada akal.
Waja dh pancung tiba² patot mngalah je la bila honda tu provoke.
Ko yg wat salah dulu, ko p layan, ko gatal tap dia, ujung² ko yg went turtle.
Cash{:mlcar:}

venom1 Publish time 8-4-2024 10:53 AM

Apa kesudahan cerita ni? ada yang berangkut masuk hospital tak?

kuewTiau Publish time 8-4-2024 10:55 AM

jenis perangai tak reti sabartrauma dengan pemandu macam waja ni sebab pernah kena dulu
kite tengah potong bas, dia (viva) boleh selit masuk. jarak tersangat la dekat.
memang brek emergency tercuit jugak belakang.
nasib baik dia tahu salah
aku syak dia tak tengok belakang pon masa potong.
nyampas betul.




shamsadis Publish time 8-4-2024 10:58 AM

hati2 memandu di jalan raya

grouper Publish time 8-4-2024 11:02 AM

Sape yg dh biasa drive ni klau jenis yg bwk laju la patut dah boleh agak akan ada org nak pancung tetiba bila depan ada lori.
Byk kali dh aku jumpa so mmg aku alert je biladh dekat ngan keta belah kiri yg slow tu.
Walaupun kat sini dua dua salah tapi aku lebihnak kutuk keta Honda la...nak bawak terpaling laju tapi x alert..harap ko masuk lokap

supernaturalee Publish time 8-4-2024 11:08 AM

Family die pny dashcam ke tu
Marah2 Honda
Obviously 2, 2 salah
Cuma sekor terciduk

She-Ra Publish time 8-4-2024 11:09 AM

hmm tak memasal.. dedua beraya kt balai
apa cerita dgn pemandu waja tu?

bebulu Publish time 8-4-2024 11:20 AM

Lepas salah sorang dah tergolek kura2, adakah perasaan baran tu sudah lega?

syamzana Publish time 8-4-2024 11:27 AM

peel baran mcm ni naik public transport je la. menyusahkan org je.
padan muka yg tergolek tu, reti jugak la yg lg satu tu brenti. yg pakat keluar marah2 tu bagus gak. basuh dua2 driver skali.

scorpionkiki Publish time 8-4-2024 11:33 AM

Yg i tengok Accord dan Camry driver yg selalu relax2 ja driving..

tungkai Publish time 8-4-2024 11:34 AM

Dua2 salah. Bersepah aje kat jalan org2 camni. Better let it slide. Memang hangin tak puas hati bagai cuma at the end buat sakit jiwa aje

izwan_izi Publish time 8-4-2024 11:39 AM

grouper replied at 8-4-2024 11:02 AM
Sape yg dh biasa drive ni klau jenis yg bwk laju la patut dah boleh agak akan ada org nak pancung te ...

Ni mesti jenis sewa kereta kut..atau drive setahun sekali...hehehehe...

Kalau biasa long-distance drive..mmg dh wajib alert bende2 mcmni...sentiasa ada dlm mind-set..kene pandai baca intention kereta lorong kiri yg terkedek2 kt belakang lori..

prettyuglybabe Publish time 8-4-2024 11:57 AM

hidup ke mampus dah driver waja tu?
kalau hidup, semoga gegaran otak tu dapat betulkan balik kewarasan berfikir..

plywood Publish time 8-4-2024 12:02 PM

atas jalanraya tak boleh ego. .. kena ingatkan diri selalu.

kena belajar mengalah, belajar sabar dan kontrol perasaan ...sebab ego ni lah yang buat panas baran trigger cepat... bila dah panas hati, maka cerita akan menuju ke stage yg lebih tingg.. sedar-sedar dah kat hospital atau dalam kubur

nak cakap pasal salah pun tak guna....

di atas jalan raya ini berjuta-juta kesalahan pengguna jalanrya buat sehari tapi tak escalate sampai himpit menghimpit.. sebab ramai jer yang sabar, dpt kontrol ego, dapat berfikir dari dikuasai perasaan. .. kecuali dah kemalangan maka perlu ambil tindakan yg betul, ini tak ada nahas tapi disebabkan ego dan baran dapat nahas...
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: Honda dan Waja bertarung di atas lebuh raya. Salah satu terbabas melanggar penghadang jalan


ADVERTISEMENT