mattzzx Publish time 8-4-2024 09:51 AM

Aidilfitri: Aliran trafik dijangka meningkat susulan tol percuma bermula hari ini

https://assets.bharian.com.my/images/articles/TINJAUAN_LEBUHRAYA_KUALA_LUMPUR_KARAK_1712540587.jpg
Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula hari ini.

Bagaimanapun, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat jam 8 pagi ini, jumlah kenderaan masih terkawal dan trafik di beberapa lebuh raya utama lancar.

"Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 dilaporkan lancar untuk dilalui setakat ini.

"Namun, trafik bergerak sedikit perlahan sebelum memasuki terowong Genting Sempah di Lebuhraya KL – Karak (KLK)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1232805/aidilfitri-aliran-trafik-dijangka-meningkat-susulan-tol-percuma
Pages: [1]
View full version: Aidilfitri: Aliran trafik dijangka meningkat susulan tol percuma bermula hari ini


ADVERTISEMENT