mattzzx Publish time 8-4-2024 09:43 AM

Jalan jauh tak sakit badan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/berkater1_1712532606.jpg
KENDERAAN MPV miliki ruang penyimpanan yang besar dan sangat selesa digunakan untuk perjalanan jauh. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Permintaan kereta sewa untuk golongan perantau pulang menyambut Aidilfitri diibaratkan seperti 'pisang goreng' panas apabila habis ditempah sejak minggu pertama Ramadan.

Pengurus Subcar, Mohd Shuib Bahari, 40, berkata, sebanyak 20 kenderaan pelbagai guna (MPV) disediakan pihaknya ditempah untuk kegunaan sekurang-kurangnya selama seminggu.

Menurutnya, antara MPV yang ditempah itu adalah Perodua Alza, Toyota Wish, Hyundai Starex, Toyota Alphard dan Toyota Vellfire.

"Kita membuat ketetapan minimum untuk sewa kereta pada Hari Raya untuk tempoh lima hari dan secara puratanya mereka mengambil (menyewa) selama tujuh hari.

"Biasanya untuk Aidilfitri ini, mereka akan meminta untuk menggunakan MPV. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan. Mereka yang berkeluarga ramai akan menggunakan MPV.

"Apabila melibatkan perjalanan jarak jauh, mereka juga perlukan ruang penyimpanan (barang-barang) yang besar," katanya kepada Harian Metro.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/berkater2_1712532609.jpg
MOHD Shuib.

Dari aspek harga, Mohd Shuib berkata, ia mempunyai kadar tertentu dan bergantung kepada jenis kenderaan yang digunakan.

Katanya, dia mengenakan bayaran sewa RM200 sehari untuk Perodua Alza, Hyundai Starex (RM450) dan Toyota Alphard dan Toyota Vellfire pada kadar RM700 hingga ke RM800 sehari.

"Harga dikenakan ini juga bergantung kepada tempahan dilakukan pelanggan.

"Untuk (tempahan) minit-minit akhir, harga agak 'keras' sedikit. Contohnya kalau Perodua Alza itu harga sepatutnya RM200, tetapi untuk sesiapa yang tempah last minute untuk kegunaan seminggu boleh jadi RM250 sehingga RM350 sehari.

"(Pelanggan) yang terdesak ini dia akan ambil sahaja sebab nak balik raya dan mempunyai duit," katanya.

Katanya, kebanyakan pelanggan yang menempah kereta sewa dengannya terdiri daripada mereka yang akan pulang beraya ke Pantai Timur dan Utara.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1078324/jalan-jauh-tak-sakit-badan
Pages: [1]
View full version: Jalan jauh tak sakit badan


ADVERTISEMENT